Adakah saya salah jika saya mahu pengerusi MKN bertanggungjawab atas kesilapan? – Najib Razak #ms

Myanmar criticises Malaysia PM Najib for using Rohingya crisis for own  'political interests', SE Asia News & Top Stories - The Straits Times
Gambar: EPA

Oleh Mohd Najib bin Abdul Razak

Antara sebab saya berpendirian kenapa PM8 merangkap pengerusi MKN ialah langkah-langkah tidak masuk akal yang diluluskan dan dilaksanakan dia pada zaman pandemik.

Langkah-langkah dan dasar-dasar ini bukan sahaja terlalu jelas ianya adalah kesilapan besar yang akan mendatangkan malapetaka pada negara dan Rakyat tapi ianya sebenarnya bertentangan dengan apa banyak negara-negara lain sedang melakukan untuk mengurangkan risiko.

Malah, setiap kali langkah-langkah ini diumumkan kerajaan, saya akan memberi amaran dan mengulangi saranan serta tuntutan saya banyak kali agar kerajaan akan U-turn.

Antara banyak kesilapan kerajaan seperti membenarkan pelawat asing kuarantin kendiri di rumah pada bulan Jun, berkali-kali membuat PKP separuh masak biarpun dah terbukti ianya tidak berkesan, membenarkan pelancongan dan rentas negeri pada bulan Disember ketika kes baharu catat rekod tertinggi 1,600 kes masa itu, membuka semula sekolah bersemuka pada ketika kes Covid lebih tinggi dari masa darurat diumum, kesilapan yang paling tak masuk akal kerajaan PN ialah dengan mengurangkan tempoh kuarantin bagi semua pelawat asing dari 14 hari ke 7 hingga 10 hari pada bulan Disember.

Masa itu, saya buat sekitar 12 posting dalam tempoh 10 hari berturut untuk tuntut kerajaan U-turn langkah turunkan tempoh kuarantin.

Saya pun bosan dan followers saya juga bosan sebab saya asyik mengulang perkara yang sama masa itu.

Tetapi saya rasa saya tiada pilihan sebab sekiranya tidak diperbetulkan, ianya akan membawa kepada pengorbanan
nyawa dan bencana amat besar pada negara.

Malah tiada seorang pun dari PH dan PN kecuali saya yang lihat bahaya ini ketika itu dan pernah bersuara.

Sebab mutasi UK dan Afrika Selatan baru sahaja dikesan masa itu.

Lepas saya memberi amaran, saya tengok satu persatu negara mula memperketatkan dan menaikkan tempoh kuarantin mereka. Ada yang sampai 21 hari.

Tapi di Malaysia pula, kerajaan PN pula bertegas untuk turunkan tempoh kuarantin dan menjawab saya bahawa mereka akan pantau rapi keadaan sahaja.

Berbulan-bulan lamanya mereka “pantau rapi” tanpa sebarang langkah.

Pada bulan April 2021 ketika mutasi berkembar India mula muncul, saya sekali lagi buat posting selama 5 hari berturut untuk sekali lagi tuntut kerajaan naikkan semula tempoh kuarantin.

Kali ini, kerajaan akhirnya bersetuju 2 minggu kemudian tapi hanya dinaikkan bagi beberapa negara tertentu.

Sebulan kemudian pada 24 Mei 2021 – iaitu 6 bulan selepas saya memberi amaran berturut pada Disember 2020, kerajaan akhirnya naikkan semula tempoh kuarantin bagi semua pelawat asing.

Akibat itu, hampir semua jenis varian yang wujud dalam dunia – Afrika Selatan, UK, India (delta) terdapat dan tersebar luas di Malaysia.

Nak varian apa? Kita ada di Malaysia.

Malangnya kebimbangan saya akhirnya terbukti.

Tapi Nasi dah jadi bubur. Bubur pun dah basi.

Malaysia dilanda bencana, ribuan nyawa terkorban dan Rakyat terpaksa dikurung berbulan-bulan tanpa kesudahan.

Adakah saya salah jika saya mahu pengerusi MKN bertanggung jawab atas kesilapan dan kerosakan yang tidak dapat dimaafkan ini?


*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Catatan ini pertama kali muncul di laman Facebook Najib Razak.