Guan Eng: Sabri bergantung pada bekas PM sebelum ini yang gagal

Pic: iProperty

Oleh Lim Guan Eng

Adakah Ismail Sabri begitu cepat ketandusan idea selepas 2 minggu menjadi Perdana Menteri sehingga dia perlu bergantung pada bekas Perdana Menteri sebelum ini yang gagal?

Ismail menghadapi risiko menjadi seorang lagi Mahiaddin 2.0. Dalam tempoh kurang daripada dua minggu, Ismail telah melantik Menteri dan Timbalan Menteri sebagaimana yang telah dilakukan oleh Mahiaddin dalam 17 bulan dengan jumlah 74 orang, tindakan yang membazirkan dana dan sumber awam yang sepatutnya digunakan dengan lebih baik untuk memberi jawatan tetap kepada doktor kontrak.

Jelas bahawa PPN hanyalah sekadar perhiasan untuk menutup fakta bahawa keputusan sebenar dibuat di sebalik pintu tertutup oleh beberapa individu berkuasa yang tersembunyi daripada pandangan umum tanpa mempedulikan pertimbangan Jawatankuasa PPN. Kabinet yang dikitar semula dan Perdana Menteri yang tidak berbeza semacam menukarkan makanan basi ke dalam bekas baru tidak akan membantu menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat


*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Catatan ini pertama kali muncul di laman Facebook Lim Guan Eng.