Jangan kaitkan UMNO dengan kegagalan PN – Zahid #ms

Gambar: Raja Faisal Hishan, The Star

Oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 

Saya difahamkan ada usaha untuk memalitkan parti UMNO dengan kegagalan kerajaan PN.

Saya fikir perkara ini wajar diperjelaskan sekali lagi supaya semua lebih terang dan faham.

Benar terdapat beberapa Ahli Parlimen daripada UMNO sedang menganggotai kerajaan PN.

Namun ia tidak pernah bermaksud yang parti UMNO terlibat dalam menentukan dasar-dasar negara.

Segala ketetapan untuk negara sebaliknya dibuat sepenuhnya oleh kerajaan PN.

Ini termasuklah tentang dasar-dasar berkait pengurusan pandemik Covid-19 di negara ini.

Penentuan dasar negara malah menjadi hak mutlak kerajaan PN sejak Ordinan Darurat dilaksanakan.

Iaitu tatkala institusi Parlimen digantung atas sebab-sebab yang masih dimusykilkan.

Justeru tidak patut ada pihak cuba ‘menjebak’ parti UMNO dengan kegagalan kerajaan PN menangani penularan Covid-19.

Adalah tidak adil apa sahaja kegagalan kerajaan PN cuba dikaitkan dengan parti UMNO.

Gara-gara beberapa Ahli Parlimennya menerima tawaran menganggotai kerajaan PN.

Bagaimanapun itu tidaklah pula bermaksud parti UMNO tidak mempedulikan nasib rakyat.

Banyak pandangan UMNO tujukan kepada kerajaan PN melalui platform bukan Parlimen sebelum ini.

Malangnya kebanyakan pandangan dan nasihat tentang Covid-19 itu kurang diberi perhatian.

Mengapa jadi begitu saya fikir semua boleh mengandaikan sebabnya.

Apapun kita terus berdoa yang baik-baik untuk rakyat dan negara dalam berdepan ancaman Covid-19.


*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Catatan ini pertama kali muncul di laman Facebook Zahid Hamidi.