Kerajaan PN Masih Tak Sedar Lagi – Syed Saddiq #ms

Who is Syed Saddiq to ask a minister to resign? | Malaysian Talk
Gambar: Malaysian Talk

Oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

PKP 3.0 sudah dilaksanakan hampir 4 minggu.
Tapi kerajaan masih berdegil tidak mahu memberikan moratorium kepada rakyat.
Saya memang tidak faham dengan logik yang dipakai oleh kerajaan PN ini.
Moratorium tidak diberi, yang merana rakyat. Peniaga kecil sudah ramai yang terpaksa tutup kedai dan tidak mampu untuk mengejar pendapatan cukup makan.
Siapa yang untung sekarang ni?
Bank di Malaysia semua catatkan keuntungan yang besar walaupun negara di dalam status PKP.

Saya nak tunjuk keuntungan bersih bank pada suku pertama 2021:

  • Hong Leong Bank- Naik 44%
  • Public Bank- Naik 15%
  • RHB Bank- Naik 14%
  • CIMB Bank- Naik 384%
  • Maybank- Naik 16%

Tapi moratorium masih tak jalan-jalan.
Kalau tengok 50 orang terkaya di Malaysia pula, pendapatan dan kekayaan mereka naik sehingga 14% kepada RM371 bilion tahun ini! Yang senang, makin senang!
Tapi pada masa yang sama, lebih 600,000 isi rumah M40 tergelincir ke B40! Yang susah, makin susah!
Ingatkan apabila makin ramai orang susah, makin cepat kerajaan mahu umum moratorium. Tetapi sampai sekarang tak umum-umum.
Kenapa waktu PKP1.0 boleh buat moratorium (bank masih catat untung), tetapi ketika PKP3.0 tidak boleh buat perkara yang sama?
Ini belum lagi cakap pasal kesihatan mental rakyat Malaysia yang makin menurun. Kes mereka yang bunuh diri makin banyak.
Ini pun kerajaan PN masih tak sedar-sedar lagi. Masih lagi tunduk kepada tauke dan orang kaya yang mempunyai kepentingan wang kepada kerajaan.
Nak tunggu sampai semua rakyat jatuh miskin dan sakit, baru nak beri moratorium?
Bangunlah kerajaan, bangun!


*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Catatan ini pertama kali muncul di laman Facebook Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.