Kuiz Pembaca Pintar Newswav – Baca, Jawab & Menang! #ms

Menangi hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 melalui kuiz soal jawab Newswav Mac ini!

Berita memainkan peranan penting dalam kehidupan kita dan kami dari Newswav selalu cuba sedaya upaya untuk menyampaikan berita terkini kepada pembaca-pembaca kita. Sekarang, kami mencabar anda untuk membuktikan betapa terkini anda dengan berita terkini melalui Kuiz Pembaca Pintar Newswav eksklusif kami! Mudah saja – kami akan mengeluarkan satu soalan setiap hari dan anda akan mendapat hadiah wang tunai untuk setiap soalan yang anda jawab dengan betul!


Bagaimanakah Ia Berfungsi?

Antara 17 – 26 Mac (10 hari), kami akan mengeluarkan soalan yang berbeza setiap hari pada jam yang berlainan, dan misi anda adalah untuk mencari soalan tersebut semasa menelusuri aplikasi kami, klik soalan tersebut dan mengemukakan jawapan yang betul. Senang kan? Tetapi, anda MESTI menghantar pautan (link) artikel Newswav di mana anda mendapat jawapan sebagai rujukan.

Contoh
Soalan: Siapakah orang pertama yang menerima vaksin Covid-19 di Malaysia?
Jawapan: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
Pautan Rujukan Newswav: https://newswav.com/A2102_XuMNN2?s=A_sZyoJFc
[Tekan ikon ‘kongsi’ artikel untuk mendapatkan pautan Newswav anda]

PENTING: Setelah menekan ikon ‘kongsi’, pautan unik akan diberikan untuk setiap pengguna. Newswav akan membatalkan penyertaan mana-mana peserta yang melakukan penipuan jika didapati berkomplot dan menyerahkan pautan rujukan unik yang mereka dapat dari orang lain.

Contoh bagaimana jawapan anda harus dihantar – sila rujuk kepada video di bawah:


Hadiah Wang Tunai

Sebanyak 146 hadiah wang tunai akan diberikan. Hadiah wang tunai setiap hari akan menjadi misteri dan hanya akan didedahkan setelah anda menghantar jawapan anda. Untuk setiap jawapan yang betul, anda boleh memenangi minimum RM25, RM100, ataupun RM500 pada hari yang berbeza! 

TIADA HAD berapa kali seorang peserta boleh menang untuk keseluruhan kuiz, jadi jangan bimbang, semua orang akan mempunyai banyak peluang untuk memenangi hadiah wang tunai yang menarik! Pastikan anda cepat – pemenang akan dipilih berdasarkan urutan kedatangan pertama.


Bagaimana Saya Boleh Menyertai?

Anda hanya perlu memuat turun aplikasi Newswav, mendaftar untuk akaun, dan mula menelusuri aplikasi Newswav antara 17 – 26 Mac untuk mencari soalan dan mengemukakan jawapan anda.


Pemilihan & Pengumuman Pemenang

Pemenang akan dipilih berdasarkan urutan kedatangan pertama dengan syarat jawapan yang betul dihantar.

Pemenang Kuiz Pembaca Pintar Newswav akan diumumkan pada 31 Mac (Rabu). Kami akan menghubungi semua pemenang melalui e-mel dan / atau WhatsApp, jadi pastikan anda memberi kami maklumat hubungan yang betul setelah menghantar jawapan.

Jom melatihkan otak anda untuk quiz yang menarik ini. Semoga berjaya!


Terma & Syarat

  • Kuiz ini akan berlangsung dari 17 Mac 2021 – 26 Mac 2021 dan terbuka kepada semua pengguna Newswav yang berumur 18 tahun ke atas.
  • Pemenang dipilih berdasarkan urutan kedatangan pertama, iaitu mereka yang menghantar jawapan yang betul terlebih dahulu akan menerima hadiah wang tunai. Tiada batasan berapa banyak hadiah wang tunai yang dapat dimenangi oleh setiap pengguna, tetapi hanya satu hadiah dapat dimenangi bagi setiap orang, setiap hari.
  • Pemilihan pemenang oleh Newswav Sdn. Bhd. dianggap sebagai muktamad. Setelah senarai pemenang diumumkan, sebarang maklum balas / aduan yang berkaitan dengan pemilihan pemenang tidak akan dilayan.
  • Pemenang harus memberikan butiran akaun Newswav dan salinan kad pengenalan mereka untuk tujuan pengesahan. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan hadiah wang tunai dibatalkan.
  • Hadiah wang tunai tidak boleh dipindah milik, ditukar atau dikembalikan dengan apa-apa cara pun.
  • Syarikat Newswav Sdn. Bhd. berhak atas budi bicara mutlaknya, untuk menangguhkan, menjadualkan ulang dan / atau memperpanjang tempoh dan / atau menghentikan kuiz tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
  • Syarikat Newswav Sdn. Bhd. berhak untuk mengubah mekanik, hadiah, terma & syarat, serta aspek lain kuiz ini tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.