LGE: Kerajaan Gagal, PM Harus Letak Jawatan #ms

Kedudukan Muhyiddin Macam "Itik Tempang" - MEDIA RANIA
Gambar: Media Rania

Oleh Lim Guan Eng

Buat pertama kali sejak Merdeka pada 1957, Malaysia kian hari kian dilihat oleh masyarakat antarabangsa sebagai sebuah kerajaan yang gagal. Ini amat memalukan dan merupakan satu kutukan yang berat terhadap kegagalan kerajaan PN dalam menguruskan krisis tiga berganda yakni pandemik Covid-19, kemelesetan ekonomi dan ketidakstabilan politik yang kronik.

Peningkatan yang tinggi kes-kes Covid-19 dan angka kematian, kadar vaksinisasi yang perlahan dan kegagalan teruk menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan mata pencarian ekonomi rakyat Malaysia walaupun dengan pakej-pakej ransangan ekonomi bernilai RM530 bilion, telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia terdesak sehingga mengibarkan bendera putih untuk merayu bantuan makanan dan kewangan.

The Economist telah meletakkan Malaysia di tempat ke-50 antara 50 ekonomi terbesar dunia, yang merangkumi 90% KDNK dan 76% populasi global, dalam indeks kemampuan untuk pulih daripada pandemik Covid-19 untuk kembali kepada keadaan normal (Global Normalcy Index). Bloomberg pula meletakkan Malaysia di kedudukan ke-51 antara 53 negara dalam Kedudukan Kedayatahanan Covid-19 (Covid-19 Resilience Ranking) yang terkini.

Sebagai Perdana Menteri pertama yang menyebabkan Malaysia jatuh merudum menjadi sebuah kerajaan gagal, Mahiaddin Md Yassin telah gagal dan perlu meletak jawatan.

#kerajaangagal


*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Catatan ini pertama kali muncul di laman Facebook Lim Guan Eng