Masa saya jadi PM, kehidupan rakyat bertambah baik – Najib #ms

Najib: Having Umno party polls now before GE15 could weaken party; no fair  contest unless all quit govt posts | Malaysia | Malay Mail
Gambar: Malay Mail

Oleh Mohd Najib bin Abdul Razak

Ada yang tak puas hati apabila saya petik data rasmi Jabatan Perangkaan semalam untuk buktikan jumlah pelaburan asing, kadar kenaikan gaji, penurunan kadar miskin tegar dan penurunan pekali Gini (yang melambangkan jurang pendapatan) dalam tempoh 9 tahun saya PM adalah paling tinggi dalam sejarah.

Akibatnya, jumlah aset KWSP naik dari RM300b ke lebih RM850b dalam tempoh itu.

Saya jawab itulah sebab saya berani untuk tuntut skim pengeluaran KWSP bagi ahli-ahli yang sangat terdesak dalam tempoh pandemik ini kerana saya yakin bahawa simpanan yang dikeluarkan hari ini mampu dipulihkan dengan kadar yang laju sekiranya pentadbiran kerajaan dan dasar adalah tepat.

Dia kata tak guna gaji naik jika inflasi juga naik Suruh tunjukkan data kadar inflasi jika saya berani.

Baiklah saya tunjukkan bersama data rasmi bagi gaji purata.

Sebenarnya, purata kadar inflasi sepanjang masa saya PM ialah sekitar 2%.

Paling tinggi ialah pada tahun 2017 apabila ekonomi mantap pada tahun itu dengan pertumbuhan ekonomi 5.9% serta kenaikan eksport sebanyak 19.9%.

Kadar inflasi memang positif sekiranya ada pertumbuhan ekonomi tapi paling penting ialah pendapatan Rakyat naik dengan kadar lebih laju berbanding harga barang.

Ini lumrah sebab apabila Rakyat bertambah kaya maka permintaan bagi barang dan perkhidmatan turut naik.
Dalam tempoh ini, ramai anak muda berpeluang melancong ke luar negara.

Dulu zaman PM4, kereta Proton Iswara dan Waja merupakan majoriti 80% di jalan raya.

Masa saya jadi PM dan kehidupan rakyat bertambah baik, majoriti kereta di jalan raya menjadi Toyota dan Honda yang lebih mahal.

Sebab itu harga barang dan perkhidmatan di negara maju adalah tinggi juga.

Tetapi, pendapatan Rakyat selepas PRU14 mendatar dan lalu jatuh pula pada tahun 2019 sebelum pandemik.
Dan jatuh lagi semasa pandemik.

Itulah sebab kadar inflasi juga turun tetapi telah naik semula sejak permulaan tahun ini sehingga melepasi kadar inflasi paling tinggi dalam tempoh saya PM.

Apa cerita pula apabila harga barang naik pada ketika pendapatan Rakyat jatuh mendadak atau terhenti akibat lockdown berterusan?

Mana yang lebih elok bagi Rakyat?

a) Kadar inflasi naik tetapi pendapatan Rakyat naik dengan lagi laju?
ataupun
b) Kadar inflasi naik lebih tinggi pada ketika pendapatan Rakyat turun atau terhenti?


*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Catatan ini pertama kali muncul di laman Facebook Najib Razak.