Sidang Media Bersama Mei 22: Sabri & DG Hisham #ms

Photo: BERNAMA

(PUTRAJAYA, MEI 22) Pada petang tadi, Menteri Pertahanan Ismail Sabri dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham mengadakan sidang media bersama untuk mengumumkan SOP terkini untuk PKP 3.0.

Beliau menyatakan bahawa beliau memahami banyak orang bimbang dengan peningkatan kes yang drastik, tetapi jika PKP serupa dengan PKP 1.0 diperkenalkan, kehidupan ramai yang bergantung kepada aktiviti perniagaan harian akan terjejas. Oleh itu, untuk mengurangkan penyebaran wabak Covid-19, SOP yang lebih ketat akan dilaksanakan untuk PKP 3.0 dan bukannya ‘total lockdown’.

Selain melaksanakan SOP yang lebih ketat, sekatan jalan raya juga akan diperkenalkan dan bilangan tenaga kerja di pejabat akan dikurangkan. Waktu operasi perniagaan juga akan dipendekkan.

Lebih daripada 80% penjawat awam dan 40% tenaga kerja dari sektor swasta harus bekerja dari rumah. Kedai F&B hanya dibenarkan beroperasi antara jam 8 pagi hingga 8 malam. Pengangkutan awam akan terhad kepada kapasiti 50% dengan frekuensi yang dikurangkan.

Had operasi hingga pukul 8 malam ini termasuklah penjualan makanan di Restoran, Foodtruck, Kedai Runcit, Pasar Malam, Shopping Mall dan sebagainya.

SOP di atas akan dilaksanakan di semenanjung Malaysia bermulai 25 Mei. Butiran lengkap boleh didapati di laman web MKN.

Beliau juga menegaskan bahawa pengimbasan MySejahtera adalah wajib bagi sesiapa sahaja yang ingin memasuki mana-mana premis.

Sedang dikemaskini…