Najib: Adakah saya menipu? #ms

Gambar: Malay Mail

Oleh Mohd Najib bin Abdul Razak

Saya amat risau bahawa kerajaan akan teruskan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dari KLIA ke Johor Bahru seperti diluluskan kerajaan PN dahulu.

Tidak mengembalikan projek HSR ini dari Bandar Malaysia, Kuala Lumpur ke Singapura akan merugikan negara sebanyak RM500 bilion bagi jangka masa panjang sekiranya projek KLIA-Johor Baharu ini diteruskan.

Saya difahamkan bahawa kerajaan PN dahulu sebenarnya telah luluskan dalam kabinet untuk menggantikan projek HSR KL-Singapura dengan KLIA-HSR dengan menggunakan melantik syarikat KLIA Ekspress dan menggunakan teknologi itu.

Sebab itu mereka sanggup membayar pampasan sebanyak RM320 juta kepada Singapura untuk batalkan projek asal supaya kontraktor boleh dilantik terus kerajaan tanpa open tender antarabangsa bersama negara Singapura.

Bolehlah beri projek secara terus ke syarikat KLIA Ekspress dimiliki syarikat tertentu sebab ada yang amat sayang pada mereka.

“Maszlee Malik mendakwa Muhyiddin Yassin mendesak Dr Mahathir Mohamad memintanya meletak jawatan sebagai menteri pendidikan kerana isu kontrak membabitkan YTL Communications Sdn Bhd..

Dalam mesyuarat terakhir bersama beliau, saya ingat lagi, beliau mengatakan, “Presiden Bersatu amat marah dengan anda kerana isu ini…”

“Maszlee menambah, beliau diberitahu pada setiap pertemuan bagaimana Muhyiddin mengusahakan “kontrak mega” dan mendesak Mahathir memintanya memanjangkan kontrak berdasarkan kehendak YTL, bukannya mengikut keputusan yang dibuatnya sendiri.”

https://www.freemalaysiatoday.com/…/muhyiddin-sangat…/

Antara digariskan dalam kertas cadangan kerajaan PN dan diluluskan pada akhir tahun 2020 termasuk:

1. Kos projek HSR KLIA-JB adalah antara RM63 bilion hingga RM65 bilion – iaitu tak jauh berbeza berbanding kos asal KL-Singapura sebanyak RM60 bilion hingga RM68 bilion sebab kos terbesar projek ini sebenarnya adalah kos pengambilan tanah.

2. Jumlah penumpang setahun bagi HSR KLIA-JB ke 4.2 juta setahun menjelang tahun 2031 berbanding 8.4 juta penumpang setahun bagi HSR KL-Singapura.

3. Jumlah pendapatan bagi HSR KLIA-JB adalah jauh lebih rendah berbanding rancangan asal akibat penurunan permintaan penumpang.

4. Pampasan dan subsidi melebihi RM10 bilion dirancang akan dibayar kepada syarikat kontraktor dan operator akibat kerugian yang akan berlaku akibat pendapatan projek yang jauh lebih rendah.

5. Kelajuan keretapi juga dirancang lebih perlahan berbanding projek HSR asal.

Selain projek tidak lagi menjadi berdaya maju dan kerajaan terpaksa menampung kerugian berpuluh tahun lamanya, projek Bandar Malaysia dengan nilai GDV sebanyak RM140 bilion juga tidak kesampaian.

Sebab itu, ianya adalah satu kesilapan yang amat besar sekiranya HSR hanya dibuat dari KLIA ke Johor Baharu.

Pendedahan saya pada bulan Januari lalu: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=10157591941935952&id=157851205951

Adakah saya menipu? Tak.

Cabarlah mereka untuk dedahkan kertas cadangan akhir tahun 2020 untuk ganti HSR KL-Singapura dengan KLIA-Johor Baharu yang telah pun dibentang dalam kabinet masa itu.


*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Catatan ini pertama kali muncul di laman Facebook Najib Razak.