Najib: Apa pun salah Najib #ms

Gambar: Facebook, Najib Razak

Oleh Dato’ Sri Najib Razak

Rakyat bimbang PKP 3.0, marah tak boleh balik raya, risau dengan keadaan Covid, bingung kenapa dinafi bayaran BPR, naik darah sebab aset-aset negara terus dijual dan bimbang sebab duit i-Sinar, i-lestari dan moratorium dah nak habis.

Dia ini pula …. Najib, Najib dan Najib.

“I cannot forgive Najib”. “Saya tak kembali ke UMNO sebab Najib rosakkan” diberitahu dia semalam pula.

Mungkin sebab dia tak puas hati pula apabila saya beri formula pada anak dia tiba-tiba buat statement kata Najib punca keadaan Covid menjadi teruk.

Covid jadi teruk, salah Najib.

Mahathir tak mahu join balik UMNO, salah Najib.

Apa? Parti PETAI tak bagus ke? Kenapa nak masuk balik UMNO?

Oh! Tun M dah baca formula yang saya beri pada anakmu haritu tak?https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157856711995952

Bukan apa. Risau anakmu tak faham.

Mungkin Tun M akan faham dan boleh beri sedikit komen.

Harap jawab juga soalan saya kenapa Najib dah turun 3 tahun tapi Ringgit tak pernah naik.

Bukan seperti slogan “Najib turun, Ringgit naik” diberitahu Tun M.

Malah Ringgit antara 30 sen hingga 60 sen lebih murah dengan US Dollar berbanding paras sebelum PRU14.


*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Catatan ini pertama kali muncul di laman Facebook Najib Razak