Nak Beli Hartanah? Dapatkan Rebat Tunai Segera Sebanyak RM10,000! #ms

Perhatian kepada semua pembeli hartanah: Newswav menawarkan rebat tunai segera sebanyak RM10,000* untuk 10 pengguna pertama yang mendaftar & membeli hartanah! Newswav melancarkan inisiatif ini bukan sahaja untuk menjana ekonomi tempatan, tetapi juga untuk menunjukkan penghargaan kepada pengguna-pengguna setia kami yang ingin membeli hartanah.

Selain itu, inisiatif Kempen Pemilikan Rumah (HOC) bermaksud bahawa 2021 merupakan masa yang terbaik untuk membeli hartanah. HOC adalah inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk memberi sokongan kepada pembeli rumah dan mendorong penjualan hartanah.

Berikut adalah manfaat di bawah inisiatif HOC:

1. Pengecualian duti setem pada Instrumen Pindah Milik

Nikmati pengecualian duti setem 100% bagi instrumen pindah milik (IOT) untuk harta kediaman yang bernilai sehingga RM1 juta. Untuk hartanah yang bernilai antara RM1 juta dan RM2.5 juta, anda hanya perlu membayar 3% duti setem sahaja.

2. Pengecualian duti setem penuh pada Instrumen Berkaitan Pinjaman (sehingga RM2.5 juta)

Nikmati pengecualian duti setem di bawah skim ini.

3. Discount minimum sebanyak 10%

Jimatkan wang anda dan belanjanya untuk perkara lain, seperti pembelian perabot atau untuk reka bentuk dalaman.

4. Dapatkan manfaat tambahan dari pemaju hartanah

Kebanyakan pemaju-pemaju hartanah akan menambah manfaat lain sebagai sebahagian daripada pakej pembelian.

5. Kadar Dasar Semalaman (OPR) berada pada tahap terendah (1.75%)

Kadar faedah pinjaman anda akan lebih rendah buat masa ini.

Inisiatif HOC dijangka berakhir pada 31 Mei 2021 dan anda pasti tidak mahu melepaskan peluang eksklusif ini. Tunggu apa lagi? Daftarlah sekarang


*Terma dan syarat:

  • Inisiatif ini akan dijalankan dari 8 Mei 2021 – 30 Jun 2021 dan terbuka untuk semua pengguna Newswav yang berumur 21 tahun ke atas.
  • Setelah menghantar butiran anda melalui borang di atas, anda akan dihubungi oleh rakan-rakan niaga Newswav dalam 1-2 bulan ini untuk memperkenalkan projek hartanah mereka kepada anda.
  • Rebat tunai segera akan diberikan atas dasar layan dahulu. Sebanyak 10 (sepuluh) rebat tunai segera bernilai RM10,000 (sepuluh ribu Ringgit Malaysia) masing-masing akan diberikan, di mana hanya satu rebat tunai segera yang dapat ditebus oleh setiap pengguna.
  • Setiap pengguna akan diminta untuk memberikan salinan Kad Pengenalan dan bukti pembelian hartanah mereka untuk tujuan pengesahan. Nama di bukti pembelian mestilah sama dengan nama yang dihantar dalam borang di atas. Kegagalan untuk berbuat demikian mungkin menyebabkan rebat tunai segera mereka dibatalkan.
  • Hanya hartanah yang dibeli melalui rakan-rakan niaga Newswav berlayak untuk menerima rebat tunai segera.
  • Rebat tunai segera tidak boleh dipindah milik, ditukar atau dikembalikan dengan apa-apa cara pun.
  • Syarikat Newswav Sdn. Bhd. berhak atas budi bicara mutlaknya, untuk menangguhkan, menjadualkan ulang dan / atau memperpanjang tempoh dan / atau menghentikan inisiatif ini tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
  • Syarikat Newswav Sdn. Bhd. berhak untuk mengubah mekanik, hadiah, terma & syarat, serta aspek lain inisiatif ini tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
  • Dengan mengambil bahagian dalam inisiatif ini, anda bersetuju untuk menerima terma dan syarat yang dinyatakan di atas.