[TERKINI] PKP 2.0 Akan Bertamat Pada 4 Mac #ms

(PUTRAJAYA, 2 MAC) Pada awal petang tadi, Menteri Pertahanan Ismail Sabri mengumumkan penamatan PKP di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Ini bermaksud Malaysia tidak lagi berada di bawah PKP. Negeri-negeri dalam PKP akan diganti dengan PKPB yang akan berkuatkuasa bermulai 5 Mac hingga 18 Mac. Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Kelantan akan kekal di bawah PKPB.

Beberapa negeri PKPB akan diganti dengan PKPP disebabkan penurunan jumlah kes Covid-19 harian. Ini termasuk Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, WP Putrajaya, WP Labuan. Perlis akan kekal di bawah PKPP.

Perentasan antara daerah akan dibenarkan bermulai 5 Mac bagi semua negeri kecuali Sabah, tetapi perentasan antara negeri masih tidak dibenarkan.

Beliau menegaskan bahawa hotel dan AirBnB dibenarkan beroperasi seperti yang diumumkan sebelumnya. Zoo, ladang, akuarium, pusat pendidikan, muzium dan lain-lain juga dibenarkan beroperasi.

Pusat spa, refleksologi, pusat kesihatan, pusat kecantikan termasuk manikur & pedikur juga dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP, dari jam 6 pagi hingga 12 pagi.

Upacara pertunangan, perjumpaan, majlis perkahwinan dan aktiviti sosial yang lain dibenarkan untuk semua kaum. Kapasiti maksimum kehadiran 50% harus dipatuhi di kawasan PKPB, kawasan PKPP bergantung pula pada ukuran premis.

Sedang dikemaskini…