PKP 3.0: Kerajaan patut umum moratorium automatik #ms

Gambar: Malay Mail, Shafwan Zaidon

Oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Ini bukan kali pertama seluruh negara diarahkan PKP.


Jadi, apabila umum PKP seluruh negara, ada juga langkah yang seharusnya diumumkan sekali dan tidak boleh ditangguh-tangguhkan sehingga semua Menteri nak duduk bermesyuarat.


Langkah itu adalah perlindungan moratorium secara automatik kepada rakyat.


Saya kurang pasti mengapa kerajaan tidak mahu umum perlindungan moratorium ini.


Apabila rakyat diarahkan untuk menjalani PKP, pendapatan dan makan minum rakyat akan terjejas teruk. Sekarang waktu PKP belum berjalan pun, rakyat sudah susah. Apatah lagi setelah kerajaan umumkan PKP berkuatkuasa ke seluruh negara.


Nak seribu daya, tak mahu sejuta dalih.


Kerajaan harus laksanakan moratorium kepada pinjaman kenderaan dan bayaran rumah rakyat kepada bank. Tangguh sehingga 6 bulan akan datang. Ini perlu dilaksanakan segera (seharusnya diumumkan berserta dengan pengumuman PKP).


Bank tak akan rugi. Jangan buat cerita bahawa bank akan rugi. Tahun lepas, selepas dilaksanakan PKP 1.0, bank tetap mencatatkan keuntungan walaupun perlindungan moratorium diberikan kepada rakyat.


Segera bantu rakyat. Ini bukan hal politik. Ini hal survival dan hidup rakyat. Lindungi mereka. Kerajaan tak perlu kaji macam-macam sebab ini bukan kali pertama negara laksanakan PKP dan perlindungan moratorium secara automatik.


Kalau tak bantu rakyat hari ini, bila lagi nak bantu?


*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Catatan ini pertama kali muncul di laman Facebook Syed Saddiq.