PM: Apa Yang Kerajaan Buat? #ms

Muhyiddin masuk hospital
Gambar: Sinar Harian

Oleh Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md. Yasin

Vaksinasi adalah kunci utama kejayaan kita melawan COVID-19.

Jadi, apa yang Kerajaan buat?

Menempah lebih 76.1 juta dos vaksin – 70% Pfizer, 23.4% Sinovac, 10% Astrazaneca, 10.9% CanSino dan 10% daripada fasiliti COVAX.

Setakat ini kita telah terima 20 juta dos dari keseluruhan jumlah vaksin yang ditempah. Dijangkakan kita akan menerima jumlah keseluruhan 30 juta dos pada akhir bulan ini, 40 juta dos pada bulan Ogos, 53 juta dos pada bulan September dan 58 juta dos pada bulan Oktober. Baki selebihnya akan diterima antara bulan November 2021 hingga Januari 2022.

Jadual asalnya, 80% penduduk Malaysia akan menerima dos lengkap vaksin menjelang suku pertama 2022. Sasaran ini kemudiannya dipercepatkan ke Disember 2021.

Kini, dengan penemuan varian-varian baharu COVID-19 yang lebih ganas dan kes-kes positif meningkat dengan mendadak, sasaran program vaksinasi dipercepatkan lagi.

– 100% populasi dewasa di Selangor dan Kuala Lumpur akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada 1 Ogos 2021 di bawah Operasi Lonjakan Kapasiti.

– 100% populasi dewasa di Sarawak akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada akhir Ogos.

– Hampir semua negeri akan mencatatkan kadar vaksinasi melebihi 50% pada akhir bulan Ogos 2021.

– Semua negeri akan mencatatkan kadar vaksinasi melebihi 70% pada bulan September 2021.

– 100% populasi dewasa di Malaysia akan menerima dos lengkap vaksin pada bulan Oktober 2021.

– Peningkatan kapasiti untuk mencapai kadar suntikan 500,000 dos sehari.

InsyaAllah. Kita terus istiqamah.

#MalaysiaPrihatin #MenangBersama #LindungDiriLindungSemua


*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Catatan ini pertama kali muncul di laman Facebook Muhyiddin Yassin.