Salah Najib lagi ke sekarang? – Najib #ms

Pic: REUTERS, Lim Huey Ting

Oleh Dato’ Sri Najib Razak

Kerajaan tunggu 4 bulan untuk telur separuh masak menjadi penuh masak.

Sepanjang 4 bulan sejak Darurat+PKP 2.0 bermula, Najib suruh buat PKP betul-betul, jgn separuh masak dan banyak kelonggaran. Tidak perlu Darurat sebab ianya tidak akan menyelesaikan masalah. Supaya penderitaan tidak berpanjangan dan kita tak perlu buat PKP 3.0.

Orang sebelah sana pula dua kali buat perutusan khas untuk jamin tiada lagi PKP menyeluruh.

Jkom pula beri amaran pada Najib untuk jgn kacau kerajaan. Najib buat posting untuk syiok sendiri sahaja dan untuk dapat like.

Akhirnya, setelah 4 bulan “trial and error’ dan berdegil, kerajaan mengaku kesilapan bahawa PKP 2.0 terlalu longgar dan tidak dapat menyelesaikan masalah dan telah membawa kepada keadaan kritikal hari ini.

Hari ini, KP KKM sokong PKP penuh yang amat ketat pula.
Hasilnya dalam tempoh 4 bulan darurat+PKP2.0 ini:

  • 338,564 terjangkit Covid
  • 1,396 orang maut akibat Covid
  • 1,315 lagi kluster Covid dikesan
  • Lebih 80% kes sudah menjadi sporadik dan tidak dapat dikesan puncanya setelah Covid tular ke dalam komuniti
  • Kapasiti ICU hampir semua hospital menjadi kritikal setelah jumlah pesakit kritikal naik 4 kali ganda ketika ini.
  • Malaysia jatuh ke paling teruk terkesan Covid dari segi saiz penduduk antara semua negara ASEAN.
  • Malah, telah menjadi lagi teruk berbanding United Kingdom dan Amerika Syarikat sehingga negara kita digunakan bersama negara India sebagai contoh negara gagal Covid oleh negara jiran?
  • Rakyat sendiri yang sudah positif Covid perlu beratur sehingga 10 jam untuk dinilaikan kesihatan di pusat kerajaan.
  • Ekonomi menjadi lagi parah pada ketika kerajaan tak beri lagi bantuan yang sewajarnya
  • Hutang kerajaan naik mencanak akibat hasil kerajaan menjunam dan satu persatu tabung simpanan kerajaan perlu dikorek dan aset negara dijual
  • Rakyat tidak dapat buat lawatan Raya
  • Setelah 4 bulan sia-sia menghadapi darurat+PKP, Rakyat perlu bertahan lagi PKP 3.0 yang dijangka lagi lama tempohnya berbanding PKP 1.0 dan PKP 2.0.

Salah Najib lagi ke sekarang?

Siapa dalam MKN dan kerajaan yang perlu bertanggung jawab atas kerosakan, kesengsaraan Rakyat yang tersia-sia dan terkorban serta segala kegagalan yang tersenarai di atas itu akibat membuat kesilapan dasar-dasar yang amat besar itu?


*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Catatan ini pertama kali muncul di laman Facebook Najib Razak.