Sedih dengan alasan kerajaan PN – Najib #ms

Najib dikompaun RM3,000
Gambar: Harian Metro

Oleh Dato’ Sri Najib Razak

SRC: RM5 bilion
1MDB: RM39 bilion

Sedih dengan alasan kerajaan PN bahawa mereka tak ada banyak duit lagi untuk bantu Rakyat setelah berbelanja RM600 bilion serta sudah meminjam sebanyak RM130 bilion dalam tahun 2021 setakat ini.

Sebab itu, saya seru kerajaan PN untuk ambil pulang US$1.2 bilion (RM5 bilion) duit SRC yang masih dibeku oleh kerajaan Switzerland.

Dana tersebut dibeku sejak tahun 2015 setelah orang kuat Mahathir pergi ke sana untuk buat laporan.

Pada tahun 2016-2017, kerajaan BN dahulu telah arahkan staff Kementerian Kewangan untuk bekerja sama dengan Jabatan Peguam Negara untuk usahakan pengembalian dana tersebut tapi dihentikan kerajaan PH selepas PRU14.
Dana itu masih ada di sana tapi kerajaan PH dan PN seolah-olah tak minat untuk tuntut balik.

Jika dituntut balik, saiz dana itu adalah lebih besar berbanding jumlah RM4 bilion yang dipinjam oleh SRC dari KWAP sebab masa dana RM3.6 bilion itu dipindah ke Switzerland untuk pelaburan dengan sebuah bank sana ianya bernilai US$1.2 bilion tapi sekarang kadar FOREX sudah US$1 = RM4.14.

Maka US$1.2b sudah RM5b – belum kira lagi faedah dan pulangan dari pelaburan tersebut.

Namun setelah PRU14, kerajaan PH dan PN seperti tidak minat untuk kembalikan dana tersebut sebab mahu teruskan propaganda bahawa Najib curi dana RM4 bilion duit pencen.

Penjelasan US$1.2 bilion dana SRC ada di sini:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157943292295952

Dengan bantuan kerajaan, SRC sudahpun membayar balik bahagian besar hutang RM4 bilion kepada KWAP maka US$1.2 bilion (RM5 bilion) yang bakal dikembalikan oleh kerajaan Switzerland boleh digunakan sepenuhnya untuk menambah bayaran BPN kepada Rakyat bagi menghadapi tempoh Lockdown berbulan-bulan ini.

Begitu juga dengan dana berkait 1MDB sehingga US$7 bilion (RM29 bilion) bagi perjanjian penyelesaian dengan IPIC milik kerajaan Abu Dhabi yang diusahakan kerajaan BN pada tahun 2017 di mana kita beri tarikh mutlak sehingga 31 Disember 2020 untuk IPIC pulangkan dana 1MDB yang telah dipindah atau dijamin syarikat tersebut, lalu disalahguna pegawai-pegawai tertinggi di sana.

Namun pada bulan April 2021 ini, Menteri Kewangan PN memberitahu media asing (pelik juga kenapa berita ini tidak dilaporkan dalam media tempatan) bahawa kerajaan PN masih berunding dengan IPIC.

Tapi yang peliknya ialah deadline 31 Dis 2020 dalam perjanjian penyelesaian antara dua buah negara yang bernilai lebih RM29 bilion dah 6 bulan terlepas begitu sahaja tapi kerajaan PN (dan juga semua pemimpin dalam kerajaan PH) seolah-olah tak mahu ambil tahu?

IPIC ialah sebahagian syarikat Mubadala milik kerajaan Abu Dhabi yang bernilai US$232 bilion (hampir RM1 trilion) dan sudah tentu mampu untuk memulangkan US$7 bilion jika kita berunding dengan baik seperti ditetapkan dalam perjanjian penyelesaian.

Dengan harga minyak yang tinggi ketika ini, kerajaan Abu Dhabi bukan tak mampu membayar balik.

Lagipun Abu Dhabi dah labur lebih RM140 bilion di negara jiran Indonesia sejak tahun lepas tanpa satu sen ke Malaysia setelah kerajaan PH cuba batalkan perjanjian penyelesaian tersebut pada tahun 2018 dan pilih untuk saman Abu Dhabi di London.

Sehingga kini, dana sebanyak RM35.3 bilion sudah diperolehi oleh kerajaan untuk penyelesaian pelbagai pihak termasuk Goldman Sachs, Ambank dan sebagainya.

Details RM35.3 bilion dana dipulangkan ada di sini: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157928761680952

Dana RM35.3 bilion (tanpa IPIC) ini sudah cukup untuk langsaikan sepenuhnya hutang RM32.3 bilion 1MDB.
Jika kita terima sebanyak US$7 bilion (RM29 bilion) dari IPIC, dana ini juga boleh digunakan untuk membantu Rakyat dalam krisis pandemik ini.

Biarpun kesan sekunder dari pengembalian dana RM5 bilion SRC dan RM29 bilion 1MDB-IPIC ialah ianya membuktikan bahawa Najib tak curi dana tersebut dan telah berusaha untuk menyelesaikan masalah dan mengembalikan dana-dana.

Ianya juga akan membuktikan bahawa tiada seorang akan pindah balik dana yang kononnya telah selamat dicuri dan selamat disimpan di luar negara untuk letak dalam akaun atas nama sendiri di negara sendiri sekiranya niat ialah untuk mencuri.

Dan ianya akan membuktikan bahawa tiada seorang akan curi dari dana yang dipinjam (100% dana 1MDB adalah sumber pinjaman) sebab dana dipinjam perlu dibayar balik kemudian jika niat ialah untuk mencuri.
Jika berniat merompak, siapa nak rompak dana yang dipinjam?

Lebih elok untuk rompak Petronas atau Khazanah yang mempunyai rizab tunai besar yang bukan dipinjam.
Malah, nilai aset bersih Khazanah naik 4 kali ganda ke RM116 bilion manakala nilai bersih Petronas juga naik sekitar 4 kali gana dengan rizab tunai sebayak RM176 bilion (sebelum dijarah PH dan PN) dalam tempoh saya PM tanpa satu sen dicuri.

Namun, itu tak penting. Yang penting ialah dana-dana ini boleh digunakan untuk lebih membantu Rakyat yang sudahpun melalui 51 hari PKP 2.0 dan perlu menghadapi sekurang-kurangnya 113 hari PKP 3.0+Lockdown.


*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Catatan ini pertama kali muncul di laman Facebook Najib Razak.