Ringkasan: SOP Terkini Untuk ‘Total Lockdown’ #ms

(PUTRAJAYA, MEI 30) Pada jam 5 petang tadi, Menteri Pertahanan Ismail Sabri dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham mengadakan sidang media bersama untuk mengumumkan SOP terkini untuk ‘total lockdown’.

Sabri bermulai dengan menyebutkan bahawa kerajaan memutuskan pelaksanaan ‘total lockdown’ dua hari yang lalu sebab peningkatan kes yang mendadak. Pada 29 Mei, Malaysia mencatatkan lebih daripada 9,000 kes harian.

Beliau juga menyebutkan bahawa unit-unit ICU di hospital telah mencapai kapasiti maksimum. Jika ‘total lockdown’ tidak dilaksanakan, sistem kesihatan negara mungkin runtuh disebabkan jumlah kes yang makin meningkat.

Beliau menekankan bahawa ‘total lockdown’ selama 2 minggu ini amat penting. Ini adalah pengorbanan yang harus dilakukan untuk membendung wabak Covid-19. Beliau menggesa rakyat supaya tidak meninggalkan rumah kecuali untuk perkara penting sahaja.

Kesemua aktiviti sosial dan ekonomi adalah tidak dibenarkan, kecuali:

  1. Makanan dan Minuman
  2. Perubatan dan kesihatan
  3. Air
  4. Tenaga
  5. Keselamatan
  6. Pengurusan Sisa Pepejal
  7. Pengangkutan
  8. Perkhidmatan Pelabuhan
  9. Komunikasi
  10. Perbankan
  11. Perkreditan
  12. E-dagang
  13. Pengeluaran Bahan Api
  14. Hotel & Penginapan (Kuarantin)
  15. Pembinaan & Penyelenggaran
  16. Perhutanan
  17. Logistik

Semua sektor perkilangan dihadkan, kecuali 12 sektor berikut:

  1. Aeroangkasa (komponen dan maintenance, repair and overhaul – MRO)
  2. Makanan dan minuman
  3. Bahan pembungkusan dan percetakan hanya berkaitan bahan makanan dan kesihatan
  4. Barang-barang dan penjagaan diri, dan bahan pencuci
  5. Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet
  6. Barang penjagaan diri, peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan peralatan keselamatan kebakaran
  7. Komponen bagi peranti perubatan
  8. Elektrikal dan Elektronik (kepentingan rantaian ekonomi global)
  9. Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan produk petrokimia
  10. Mesin dan peralatan hanya berkaitan kesihatan dan makanan sahaja
  11. Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja
  12. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir

Semua pusat membeli-belah diarahkan ditutup kecuali bahagian penjualan barang-barang keperluan.

Hanya 2 orang dari satu isi rumah dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan dalam had 10km.

Sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh ini, hanya joging dan senaman dibenar hingga jam 8 malam.

Semua SOP yang dinyata di atas akan dikenakan di seluruh negara, tiada negeri yang dikecualikan.

Sabri juga menambah bahawa dengan penutupan sebahagian besar kilang, ia akan menyumbang kepada penurunan jumlah kes positif.

Semua sekolah dan pusat pendidikan juga diarahkan untuk tutup.

Surat MITI yang dikeluarkan sebelum ini hanya sah hingga 31 Mei, dan hanya surat yang dikeluarkan oleh kementerian akan sah untuk perjalanan untuk tujuan kerja selepas 1 Jun.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web MKN.

Sedang dikemaskini…