TERKINI: Ismail Sabri Dinamakan PM Ke-9! #ms

Gambar: BERNAMA

(Kuala Lumpur, 20 Ogos) Pada petang tadi, Istana Negara mengeluarkan kenyataan media mengumumkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Ia dikeluarkan selepas Raja-Raja Melayu menghadiri mesyuarat khas di Istana Negara yang dikerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk membincangkan dan memutuskan Ahli Parlimen yang manakah akan dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-9. Tiga orang telah dinamakan secara terbuka sebagai calon, iaitu Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sebelum ini, kesemua 220 anggota parlimen diminta untuk menyerahkan pernyataan berkanun kepada Istana Negara sebelum pukul 4 petang pada 18 Ogos (Rabu), untuk menyatakan sokongan mereka untuk calon yang akan menjadi Perdana Menteri. Proses pelantikan PM baru berlaku selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya pada 16 Ogos (Isnin).

Ismail Sabri akan mengangkat sumpah pada hari esok, 21 Ogos (Sabtu) jam 2:30 petang di Istana Negara.

Kenyataan media rasmi:

Sedang dikemaskini…