‘Total Lockdown’ Disambung #ms

(PUTRAJAYA, 27 JUN) Menteri Pertahanan Ismail Sabri mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) Fasa 1 atau ‘total lockdown’ di seluruh negara yang bermula 1 Jun lalu akan disambung lagi, sehingga kes harian menurun di bawak 4,000 kes.

Klik untuk kenyataan rasmi

Pada awalnya, PKP 3.0 dijadualkan berakhir pada 14 Jun, tetapi kerajaan menyatakan bahawa keputusan untuk melanjutkannya sekali lagi dibuat berikutan dengan catatan jumlah kes Covid-19 harian yang masih tinggi melebihi 5,000 sehari.

SOP untuk PKP 3.0 Fasa 1 akan kekal seperti yang diumumkan sebelumnya. Namun, kerajaan bersetuju untuk menukar waktu operasi premis yang menjual makanan bermula jam 6 pagi hingga 10 malam, berkuatkuasa pada 28 Jun.

Sedang dikemas kini…