UMNO Bukan Hanya Tahu Kritik – Ahmad Zahid #ms

Will return of Malaysia's scandal-ridden ex-DPM Zahid Hamidi boost Umno or  leave it in tatters? | South China Morning Post
Pic: SCMP

Oleh Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Syukur alhamdulillah sudah masuk hari ketiga kita menyambut Hari Raya Aidiladha.

Semoga semua dalam lindungan Yang Maha Esa dan dijauhi daripada wabak Covid-19.

Hari ini saya mahu jawab sedikit propaganda yang kerap ditujukan kepada saya dan UMNO.

Konon hanya mengkritik tetapi gagal beri pandangan yang dapat membantu sejak PKP 2.0 bermula.

Tidak benar pimpinan UMNO hanya tahu kritik, namun tidak beri cadangan untuk membendung Covid-19.

Biar saya beri pencerahan betapa kita konsisten memberi cadangan kepada kerajaan PN.

Pandangan bagaimana menangani penularan Covid-19, namun pada sama dapat menjaga rakyat.

  • PKP 2.0 dikuatkuasa bermula 13 Januari 2021 selepas jangkitan harian cecah 3,027 kes.
  • Namun sangat longgar pasti gagal kurangkan kes maka kita cadang “total lockdown” dilaksanakan.
  • Kita minta “total lockdown”, tetapi bantuan mesti diberi kepada rakyat untuk bertahan.
  • Antaranya bantuan tunai, moratorium pinjaman dan pengeluaran wang akaun KWSP kali kedua.
  • Kesemua cadangan itu tidak dilayan dengan begitu banyak alasan dan teori.
  • Dalam masa sama pimpinan UMNO berpendapat program vaksinasi perlu dipercepatkan.
  • Kerajaan PN akhirnya umum “total lockdown” mulai 1 Jun 2021 kerana jangkitan telah cecah 8,000 kes sehari.
  • Bagaimanapun “total lockdown” bukanlah “total lockdown” dalam erti kata yang sebenar.
  • Bersifat separuh masak dan masih gagal untuk mengurangkan kes jangkitan.
  • Namun rakyat menderita kerana kurang dibantu apabila sebahagian sektor ekonomi ditutup.
  • Maka kita terus mencadangkan pelaksanaan “total lockdown” yang sebenar.
  • Kita minta lebih banyak bantuan untuk rakyat dan suntikan vaksin dipercepatkan.
  • Kerajaan PN pada 28 Jun 2021 akhirnya umum moratorium pinjaman dan skim i-Citra.
  • Bagaimanapun “total lockdown” tetap tidak dilaksanakan.
  • Pada 17 Julai 2021 kerajaan PN umum mahu beri kelonggaran kepada yang telah terima dua dos suntikan.
  • Sedangkan kes jangkitan harian telah cecah lima angka atau sekitar 12,000 kes sehari.
  • Saya minta kelonggaran diteliti kerana KKM kata mereka ini masih boleh dijangkiti dan menjangkiti.
  • Jika jujur mahu rakyat segera diberi kelonggaran maka imunisasi kelompok perlu dipercepatkan.

Justeru tidak timbul isu pimpinan UMNO hanya tahu kritik, tetapi tidak beri cadangan.

Isu yang sebenar adalah tentang kisah sesebuah kegagalan dalam menguruskan pandemik.


*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.


Catatan ini pertama kali muncul di laman Facebook Zahid Hamidi.