Zahid: Kita sentiasa bersedia memimpin kerajaan! #ms

Gambar: Malay Mail

Oleh Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

[Kita sentiasa bersedia memimpin kerajaan sekiranya apa-apa terjadi kepada kerajaan sekarang]

Itu antara kandungan ucapan saya pada Perhimpunan Agung UMNO kira-kira tiga tahun yang lalu.

Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang diadakan selepas kita tewas Pilihan Raya Umum Ke-14 angkara fitnah.

Apa yang dinyatakan Presiden UMNO pada hari tersebut telah pun dijadikan kenyataan pada hari ini.

Syukur Alhamdulillah, Terima kasih kepada seluruh pimpinan, ahli dan penyokong UMNO yang meyakini iltizam itu.

Dalam ucapan sama saya ada juga menyebut:

Yakinlah awan mendung yang melanda akan segera berarak, menipis dan sirna.

Jika kita bersatu dan kuat pasti bangkit.Jika kita berjaya mendepani landskap politik hari ini kita akan kembali kukuh.

“We are the better option”. Kitalah pilihan terbaik untuk kembali menjadi kerajaan sebelum atau selepas PRU-15.

Maka itu perjuangan UMNO seterusnya. PRU-15 yang bakal diadakan selepas pandemik terkawal matlamat yang sebenar.

Tujuannya tiada selain demi agama, bangsa dan negara. Demi mengembalikan kemakmuran rakyat dan kegemilangan Malaysia.

Syukur Alhamdulillah, Allah makbulkan segala doa dan hajat kita semua ahli UMNO.

Kepada Allah kita berserah parti keramat UMNO sentiasa dilimpahkan Rahmat dariNya

Allahummaa Aameen.


*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Catatan ini pertama kali muncul di laman Facebook Zahid Hamidi.