1 Juta Mata Ganjaran ePoints BHPetrol Untuk Dimenangi!

Membayar melalui aplikasi di telefon bimbit lebih disukai oleh orang ramai untuk mengurangkan kontak langsung semasa wabak yang berterusan ini. Terutamanya di lokasi seperti stesen minyak, dimana orang ramai datang mengisi petrol atau mendapatkan makanan ringan, memang sukar untuk mengurangkan pendedahan. Oleh itu, BHPetrol memperkenalkan aplikasi eCard yang berfungsi sebagai pengumpul mata ganjaran ePoints, dan sumber untuk mendapatkan kemaskini terbaru mereka. Pengguna juga boleh menebus pelbagai baucar melalui aplikasi eCard seperti baucar BHPetrol bernilai RM10 dengan menggunakan mata ganjaran ePoints sebanyak 950. BHPetrol juga bekerjasama dengan Newswav untuk memberikan 1,000,000 mata ganjaran ePoints secara eksklusif kepada pengguna Newswav! Terus membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi eCard dan bagaimana anda boleh menyertai peraduan ini.

1. Promosi & Kemas Kini Terbaru Di Hujung Jari Anda

Dengan aplikasi eCard di telefon bimbit anda, anda bukan sahaja dapat mengurangkan penggunaan kad plastik, tetapi juga tidak perlu risau tentang kehilangan atau kerosakan kad fizikal anda. Aplikasi ini memberi anda tawaran & penebusan yang hebat, dan berfungsi sebagai platform sehenti yang membenarkan anda merujuk kepada harga minyak setiap hari, memeriksa jumlah ePoints semasa dan sejarah transaksi anda.

2. Kumpulkan & Tebus ePoints Anda Dengan Segera

Dengan aplikasi eCard ini, pengumpulan mata ganjaran ePoints melalui BHPetromart dan stesen BHPetrol yang terpilih kini lebih mudah dan menjimatkan masa. Sekiranya anda berbelanja di BHPetromart, anda boleh mengumpul mata ganjaran ePoints dengan menunjukkan kod QR di aplikasi eCard anda kepada juruwang. Semua ePoints yang anda perolehi dapat digunakan untuk menebus baucar BHPetrol (950 ePoints = RM10 baucar BHPetrol, 550 ePoints = RM5 baucar BHPetrol), item BHPetromart terpilih, dan banyak lagi barangan dari jenama dan perkhidmatan kegemaran anda seperti Lazada dan Digi! Di halaman “Ganjaran” pada aplikasi eCard anda, klik “Dalam Talian” dan anda boleh menebus barangan elektrik, alat elektronik, beg, barang perhiasan, cermin mata hitam, dan banyak lagi.

3. Program Kongsi Untuk Dapatkan Lebih Banyak ePoints!

Untuk mengumpul lebih banyak mata ganjaran ePoints, anda boleh kongsi aplikasi eCard kepada rakan-rakan anda dan nikmati ganjaran 100 ePoints bagi setiap satu rujukan anda apabila rakan anda berbelanja sejumlah RM40 di stesen BHPetrol yang terpilih. Program ini bermula dari 1 Julai 2021 dan hanya terhad kepada 10,000 penebusan sahaja. Jadi muat turun aplikasi eCard sekarang dan sertai program “Lebih Banyak Kongsi, Lebih Banyak Ganjaran” ini! Tertakluk kepada terma dan syarat.

Sertai Peraduan* “BHPetrol X Newswav Share & Win” Dan Menangi 1,000,000 mata ganjaran ePoints!

BHPetrol dan Newswav menawarkan sebanyak 1,000,000 mata ganjaran ePoints dalam peraduan ini! Tak perlu mengepam 1 liter petrol untuk 2 ePoints; ini adalah peluang anda untuk memperoleh lebih banyak ePoints dengan mudah! Yang anda perlukan hanyalah aplikasi eCard dan anda sedia untuk menyertai peraduan ini. Hanya DUA langkah mudah untuk mengambil bahagian:

Langkah 1: Jadi ahli aplikasi eCard

  • Muat turun aplikasi BHPetrol eCard melalui Google Play Store atau Apple App Store.
  • Daftarkan akaun atau jika anda mempunyai kad fizikal, pautkan ke aplikasi anda.
  • Masukkan kod rujukan: BHPNEWSWAV untuk mendapatkan 100 ePoints percuma yang akan dikreditkan ke dalam akaun anda setelah membuat pembelian minimum RM1 di stesen BHPetrol tertentu (hanya terhad kepada 5,000 pendaftaran pertama)

Langkah 2: Kongsi artikel ini kepada sebanyak orang yang boleh!

  • Daftarkan maklumat anda dalam borang penyertaan untuk menyertai peraduan ini (Rujuk kepada video di bawah).
  • Selepas penghantaran borang penyertaan, kongsi artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda atau bahkan di platform media sosial anda!

Hadiah Peraduan

18 peserta teratas yang mendorong trafik tertinggi ke artikel ini akan menerima ePoints berikut:

  • Hadiah Utama: 200,000 ePoints
  • Hadiah ke-2: 100,000 ePoints
  • Hadiah ke-3: 50,000 ePoints
  • Hadiah Saguhati x15: 10,000 ePoints setiap seorang 

Berikut adalah beberapa petua untuk membantu anda memaksimumkan peluang anda untuk mendapat hadiah utama:

  • Petua 1: Pastikan bahawa rakan-rakan dan ahli keluarga anda klik pautan anda dan membuka artikel ini agar ia dikira.
  • Petua 2: Kongsi di platform media sosial anda untuk menjangkau lebih banyak orang.
  • Petua 3: Newswav akan mengemas kini artikel ini setiap hari Rabu jam 6:00 petang dengan senarai peserta teratas semasa. Pastikan anda periksa artikel ini setiap hari Rabu untuk melihat sama ada anda berjaya masuk ke senarai tersebut!

Jangan sampai kehilangan ePoints yang dapat anda kumpulkan bila anda mengisi petrol kereta anda di BHPetrol! Ambil kesempatan ini untuk mendapatkan lebih banyak ePoints untuk menebus barang dan baucar yang menarik di aplikasi eCard! Sebagai contoh, anda boleh menebus sebuah telefon pintar Oppo Reno5 baru dengan 169,800 ePoints, atau baucar BHPetrol RM10 hanya dengan 950 ePoints. Anda juga boleh mendapatkan Philips Rice Cooker dengan 32,200 ePoints atau menginap di Royale Chulan KL secara percuma dengan 40,000 ePoints. Dan banyak lagi pilihan yang lain!

Jadi tunggu apa lagi? Muat turun aplikasi eCard, daftar sekarang, dan sertai Peraduan “BHPetrol X Newswav Share & Win” untukmemenangi mata ganjaran ePoints!

*Tertakluk kepada terma dan syarat

[Dikemaskini pada 13 Oktober 2021, 6:02 petang] Senarai peserta teratas:

  1. CHOONG CHING TING
  2. FATHIN ATHIRAH HASLI
  3. AHMAD ADLYN BIN OTHMAN
  4. LOY WAI ING
  5. ZAMHAIRIE BIN ALI