Guan Eng: Sabri bergantung pada bekas PM sebelum ini yang gagal

Pic: iProperty

Oleh Lim Guan Eng

Adakah Ismail Sabri begitu cepat ketandusan idea selepas 2 minggu menjadi Perdana Menteri sehingga dia perlu bergantung pada bekas Perdana Menteri sebelum ini yang gagal?

Ismail menghadapi risiko menjadi seorang lagi Mahiaddin 2.0. Dalam tempoh kurang daripada dua minggu, Ismail telah melantik Menteri dan Timbalan Menteri sebagaimana yang telah dilakukan oleh Mahiaddin dalam 17 bulan dengan jumlah 74 orang, tindakan yang membazirkan dana dan sumber awam yang sepatutnya digunakan dengan lebih baik untuk memberi jawatan tetap kepada doktor kontrak.

Jelas bahawa PPN hanyalah sekadar perhiasan untuk menutup fakta bahawa keputusan sebenar dibuat di sebalik pintu tertutup oleh beberapa individu berkuasa yang tersembunyi daripada pandangan umum tanpa mempedulikan pertimbangan Jawatankuasa PPN. Kabinet yang dikitar semula dan Perdana Menteri yang tidak berbeza semacam menukarkan makanan basi ke dalam bekas baru tidak akan membantu menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat


*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Catatan ini pertama kali muncul di laman Facebook Lim Guan Eng.

Najib: Saya fitnah Muhyiddin ke?! #ms

Pic: The Star

Oleh Mohd Najib bin Abdul Razak

Perangai dia sebijik dengan Tun Mahathir. Buat video propaganda sedih-sedih. Suka lempar tuduhan tidak berasas.

Saya tak main propaganda. Saya tak main air liur. Saya berdasarkan bukti, kebenaran serta data dan sains.

Kami cabar kamu buat laporan polis bahawa ada yang suruh kamu ganggu kes utama, kamu tak berani.

Sampai kita perlu buat untuk kamu (seperti lampiran).

Suruh kamu keluarkan bukti, kamu tak ada.

Sebab itu, peguam saya akan mengemukakan saman fitnah serta mohon kepada mahkamah untuk ambil tindakan terhadap Muhyiddin dan Wan Saiful Wan Jan kerana menghina mahkamah.

Dia kata dia turun sebab ada yang rakus kuasa mahu jawatan dia.

Tapi dia sudah lupa siapa yang rakus kuasa untuk tikam belakang Mahathir dan khianat gabungan dia untuk rampas kuasa setelah parti dia kalah begitu teruk sekali kepada BN pada PRK Tanjung Piai dan mula minta nyawa pada kami.

Siapa yang rakus untuk kekalkan kuasa sehingga hentikan parlimen selama 7 bulan dan selepas dipaksa bersambung, dia tak benarkan ordinan darurat dibentang sehingga terpaksa menipu YDP Agong?

Siapa yang rakus kuasa sehingga sanggup sogok-menyogok ahli-ahli parlimen. Nak dengar suara? Ini dari mulut dia:

https://www.facebook.com/157851205951/videos/446363536601125

Itu bukan rakus kuasa ke?

Dia kata jalan paling mudah untuk dia kekalkan kuasa ialah dia bersuhabat dengan “kelptokrat” tetapi dia tidak akan buat begitu.

Tapi dia lupa bahawa “kleptokrat” juga yang dia minta nyawa dan naikkan dia jadi PM pada tahun lalu.

Dia kata dia dipecat sebagai Timbalan PM oleh saya sebab 1MDB.

Tidak dia dipecat sebagai TPM sebab dia berkomplot dengan Mahathir dan Mukhriz sejak tahun 2014 untuk tumbangkan saya sebagai presiden UMNO dan PM – jauh sebelum isu 1MDB.

Ini buktinya. Bukti mahkamah dari mulut Mukhriz sendiri:

“KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir pada Khamis mengaku bahawa bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai rancangan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri.”

“Saya bersetuju bahawa ayahanda saya telah berusaha untuk menjatuhkan Najib dan rancangan itu bukan bermula pada tahun 2015 tetapi lebih awal lagi iaitu tahun 2014,” katanya dalam keterangan di Mahkamah Tinggi di sini Khamis.

https://www.mstar.com.my/…/mukhriz-mengaku-tun-m-jatuh…

Dan ini bukti dari mulut Muhyiddin sendiri pada tahun 2015 selepas dia dipecat sebagai TPM.

https://youtu.be/ZxM-Vri8acM

Okay. Kamu fitnah bahawa kamu khianat saya sebab 1MDB.

Adakah 0MDB sebab utama kamu khianat Pak Lah untuk naik ke Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri?

Adakah 2MDB sebab utama khianat Mahathir untu naik ke Presiden dan Perdana Menteri?

Sampai sekarang dia tak nak mengaku bahawa sebab utama dia perlu undur ialah rekod dia amat teruk sekali.

Kegagalan world-class.

Saya cabar kamu kata Najib tipu dan fitnah kamu dengan rekod-rekod ini:

1. Pelaburan asing paling corot dalam ASEAN pada tahun 2020.

2. Hutang negara naik ratusan bilion Ringgit masa kamu PM tanpa sebarang hasil nyata.

3. Malaysia antara paling corot dalam dunia bagi kadar kes dan kematian baharu Covid.

“Malaysia’s daily new Covid cases per million people is now one of the highest globally”

https://www.cnbc.com/…/covid-malaysia-daily-cases-per…

4. Pasaran saham paling kedua paling corot dalam dunia dan nombor satu paling teruk di Asia Pasifik.”

Asia-Pacific stock markets top global charts in the first half of 2021″

https://www.cnbc.com/…/asia-pacific-stock-markets…

5. Malaysia antara paling lama lockdown dalam dunia tetapi makin lama lockdown, makin tinggi kes Covid.

Adakah kamu sedar pada tahun 2021 ini, PKP 2.0 pada bulan Januari-Mac sudah 51 hari dan PKP 3.0 sudah berlangsung 97 hari sejak 12 Mei?

6. Melaksanakan darurat paling gagal dalam sejarah dunia di mana kes Covid naik lebih 12 kali ganda.

Sebagai contoh, jumlah kematian Covid sepanjang tahun 2020 sebelum Darurat bermula adalah 551 nyawa.

Tetapi dalam tempoh dua hari lalu saja jumlah kematian sudah cecah 556 nyawa (274 hari ini dan 282 semalam).

Adakah ini masih belum dikira gagal?

Adakah ini kegagalan World Class?

Adakah ini kegagalan World Class yang menyebab kehilangan nyawa dan penderitaan bagi puluhan juta Rakyat Malaysia?

Bukannya ada keperluan untuk negara tukar pemimpin baharu untuk melaksanakan pendekatan baharu setelah kamu gagal segagalnya untuk begitu lama sejak permulaan tahun?

Adakah saya fitnah kamu?

Jawab.


*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Catatan ini pertama kali muncul di laman Facebook Najib Razak.

Zahid: Kita sentiasa bersedia memimpin kerajaan! #ms

Gambar: Malay Mail

Oleh Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

[Kita sentiasa bersedia memimpin kerajaan sekiranya apa-apa terjadi kepada kerajaan sekarang]

Itu antara kandungan ucapan saya pada Perhimpunan Agung UMNO kira-kira tiga tahun yang lalu.

Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang diadakan selepas kita tewas Pilihan Raya Umum Ke-14 angkara fitnah.

Apa yang dinyatakan Presiden UMNO pada hari tersebut telah pun dijadikan kenyataan pada hari ini.

Syukur Alhamdulillah, Terima kasih kepada seluruh pimpinan, ahli dan penyokong UMNO yang meyakini iltizam itu.

Dalam ucapan sama saya ada juga menyebut:

Yakinlah awan mendung yang melanda akan segera berarak, menipis dan sirna.

Jika kita bersatu dan kuat pasti bangkit.Jika kita berjaya mendepani landskap politik hari ini kita akan kembali kukuh.

“We are the better option”. Kitalah pilihan terbaik untuk kembali menjadi kerajaan sebelum atau selepas PRU-15.

Maka itu perjuangan UMNO seterusnya. PRU-15 yang bakal diadakan selepas pandemik terkawal matlamat yang sebenar.

Tujuannya tiada selain demi agama, bangsa dan negara. Demi mengembalikan kemakmuran rakyat dan kegemilangan Malaysia.

Syukur Alhamdulillah, Allah makbulkan segala doa dan hajat kita semua ahli UMNO.

Kepada Allah kita berserah parti keramat UMNO sentiasa dilimpahkan Rahmat dariNya

Allahummaa Aameen.


*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Catatan ini pertama kali muncul di laman Facebook Zahid Hamidi.

吉祥:安华比伊斯迈沙比里更有资格担任首相!#zh

引自 林吉祥

马来西亚需要安华担任新首相,引入新团队和政策,以结束肆虐的新冠肺炎疫情,并重新点燃马来西亚之梦。因为副首相伊斯迈沙比里一直是政府对新冠肺炎疫情处理不当的公众代言人,而疫情已经造成超过12,500人死亡和140万的病例。

除非有新的领导层和新的政策,否则马来西亚将在8月31日沮丧地迎来第64周年国庆日之际,面临超过15,000的死亡病例和超过170万的新冠肺炎病例。

无论是新冠肺炎疫情、经济复苏或国家建设政策的突破,都不会有政策方向的改变。这导致越来越多的观察人士认为,马来西亚已经陷入走向失败国家的轨道。

伊斯迈担任首相将意味着更多的恶人政治和盗贼统治政策,这只会让马来西亚成为失败的国家。

马来西亚需要新首相和新领导层,让马来西亚人,不论种族、宗教、地区或政治立场,都能再次梦想马来西亚成为世界一流大国,并采取行动实现马来西亚国父的愿望,使马来西亚成为“动荡与纷扰世界中的一盏明灯”。

自1970年,马来西亚的国内生产总值增长了90倍,而印尼增长了117倍、越南增长了122倍、中国增长了163倍、新加坡增长了175倍,以及韩国增长了178倍。

在过去的50年中,新加坡和越南的国内生产总值均超过了马来西亚。

在下来的50年里,我们会超越其他国家,而更多国家会超越我们吗?

我们要新首相和新的领导层为马来西亚规划 2070的未来,而不是担心他们在国会中的生存,或者只是如何控制新冠肺炎疫情。

新首相和新领导层是为了所有马来西亚人的未来——不论今天还是明天!

然而,对于不当处理新冠肺炎疫情的最大控诉是,在疫情爆发的20 个月之后,慕尤丁政府尚未引领“全社会”的策略和方针应对新冠肺炎疫情。这个控诉的最有力证据是国会继续关闭,以及议员对于无法在应对新冠肺炎疫情的战争中全情投入感到沮丧。


*以上文章内容仅代表作者本人观点。如有关于作品内容、版权或其它问题请与Newswav联系。

此文章首先出现在林吉祥博客。

Najib: Saya sanggup sokong kerajaan PN #ms

Malaysiakini - Najib: Muhyiddin betrayed 3 PMs and the Agong, can we trust  him again?
Gambar: Malaysiakini, Mukhriz Hazim

Oleh Mohd Najib bin Abdul Razak

Saya sanggup sokong kerajaan PN sekiranya ada sesiapa boleh jelaskan kenapa kerajaan PN mengambil langkah-langkah berikut dan kenapa ianya bukan kesilapan amat besar yang terlalu jelas.

1. Bermula dengan bulan Jun 2020. Langkah tidak lagi memerlukan pelawat asing kuarantin di pusat kerajaan tetapi kuarantin kendiri di rumah. Lepas itu, kerajaan U-turn satu bulan kemudian tetapi terlambat sebab varian baharu berjaya masuk dan mencetuskan kluster Sivagangga pada bulan Julai dan Covid mengganas di negeri-negeri utara.

Inilah sebenarnya punca gelombang ini – bukan sekadar PRN Sabah yang berlangsung dua bulan kemudian.

2. Pada bulan Oktober 2020, langkah kerajaan hanya perlukan kurantin kendiri selama 3 hari sahaja bagi mereka yang pulang dari PRN Sabah. Lalu u-turn seminggu kemudian tetapi sudah terlambat.

3. Langkah kerajaan membenarkan rentas negeri dan pelancongan pada bulan Disember 2020 ketika kes baharu sebanyak 1,600 kes biarpun kerajaan sudah meminta darurat untuk kali pertama sebulan dahulu ketika kes cuma sekitar 500.

Akibat keputusan ini, kes naik ke 2,232 sebulan kemudian. Ini membuka jalan untuk kerajaan meminta darurat sekali lagi pada bulan Januari.

4. Langkah kerajaan tiba-tiba mengurangkan tempoh kuarantin bagi pelawat asing daripada 14 hari ke 7 hingga 10 hari pada bulan Disember lalu pada ketika seluruh dunia sedang ketatkan lagi proses kuarantin mereke sebab varian baharu sedang mengganas.

Paling malangnya ialah langkah ini hanya U-turn 5 bulan kemudian pada bulan April 2020.

Masa itu sudah terlambat sebab varian-varian UK, Afika Selatan dan India ataupun dikenali sebagai varian Delta sekarang sudah masuk ke negara.

5. Langkah kerajaan membuat PKP separuh masak pada PKP 2.0 di mana kilang dan tapak pembinaan merupakan penyumbang terbesar Covid ketika itu. Tapi semua sektor lain disekat kecuali sektor kilang dan tapak pembinaan.

Ini seumpama tangan kanan patah tetapi dibalutnya seluruh badan kecuali tangan kanan.

Dan diulangi lagi kesilapan ini bagi PKP 3.0, total lockdown, PKPD dan PPN. Diumum Total tapi dibenarkan 129,000 syarikat dan 1,100 tapak pembinaan seluruh negara terus beroperasi.

6. Pada bulan Februari 2021, Kerajaan umum sekolah dibuka semula pada bulan Mac ketika kes baharu lebih tinggi berbanding masa darurat bermula.

Biarpun kluster-kluster pendidikan semakin banyak setiap hari dan lebih 80,000 murid sudah dijangkit pada bulan April, kerajaan masih teruskan sekolah bersemuka termasuk di kawasan yang sudah dilaksanakan PKP.

Malah ibubapa disuruh jangan risau kononnya kerajaan ada caranya untuk mengawal kluster pendidikan.

Akibat ini, murid sekolah yang tidak bergejala dan sukar dikesan positif Covid membawa balik virus ke rumah masing-masing untuk menjangkit ahli keluarga.

Ahli keluarga pula menular virus ke komuniti sehinga Covid menjadi sporadik di mana-mana.

7. Kerajaan tunggu sehingga penggunaan kapasiti ICU cecah 103% sebelum mengumumkan total lockdown seminggu dahulu pada bulan Jun biarpun KP KKM dan beberapa menteri kerajaan sudahpun memberi amaran bahawa penggunaan ICU hospital sudah membimbangkan seawal bulan April.

Langkah yang lembab ini yang menyebabkan sistem hospital tidak mampu bertahan.

Paling menyedihkan ialah langkah-langkah tersebut adalah terlalu jelas merupakan satu kesilapan besar yang tidak masuk akal ketika ianya dilakukan – melainkan niat ialah untuk membiak Covid supaya ada alasan untuk meminta darurat dan tidak ditamatkan awal.

Setiap kali langkah-langkah di atas dilaksanakan, saya telah berulang-kali memberi amaran bahawa ianya akan membawa parah pada negara tetapi kerajaan tidak mahu dengar.

Ya, pandemik mengancam seluruh dunia tetapi Malaysia tidak jadi antara negara paling corot dalam dunia dari segi Covid dan ekonomi tanpa sebab.

Malaysia tidak menjadi satu-satunya sahaja negara dalam dunia di mana makin lama kita berkurung, makin tinggi Covid naik biarpun kerajaan sudah diberi kuasa penuh darurat selama 7 bulan.

Perlu ada seorang yang bertanggung jawab sebab kesilapan-kesilapan di atas adalah terlalu jelas serta tidak masuk akal dan kerosakan serta kehilangan nyawa yang di bawanya adalah terlalu besar.


*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Catatan ini pertama kali muncul di laman Facebook Najib Razak.

Adakah saya salah jika saya mahu pengerusi MKN bertanggungjawab atas kesilapan? – Najib Razak #ms

Myanmar criticises Malaysia PM Najib for using Rohingya crisis for own  'political interests', SE Asia News & Top Stories - The Straits Times
Gambar: EPA

Oleh Mohd Najib bin Abdul Razak

Antara sebab saya berpendirian kenapa PM8 merangkap pengerusi MKN ialah langkah-langkah tidak masuk akal yang diluluskan dan dilaksanakan dia pada zaman pandemik.

Langkah-langkah dan dasar-dasar ini bukan sahaja terlalu jelas ianya adalah kesilapan besar yang akan mendatangkan malapetaka pada negara dan Rakyat tapi ianya sebenarnya bertentangan dengan apa banyak negara-negara lain sedang melakukan untuk mengurangkan risiko.

Malah, setiap kali langkah-langkah ini diumumkan kerajaan, saya akan memberi amaran dan mengulangi saranan serta tuntutan saya banyak kali agar kerajaan akan U-turn.

Antara banyak kesilapan kerajaan seperti membenarkan pelawat asing kuarantin kendiri di rumah pada bulan Jun, berkali-kali membuat PKP separuh masak biarpun dah terbukti ianya tidak berkesan, membenarkan pelancongan dan rentas negeri pada bulan Disember ketika kes baharu catat rekod tertinggi 1,600 kes masa itu, membuka semula sekolah bersemuka pada ketika kes Covid lebih tinggi dari masa darurat diumum, kesilapan yang paling tak masuk akal kerajaan PN ialah dengan mengurangkan tempoh kuarantin bagi semua pelawat asing dari 14 hari ke 7 hingga 10 hari pada bulan Disember.

Masa itu, saya buat sekitar 12 posting dalam tempoh 10 hari berturut untuk tuntut kerajaan U-turn langkah turunkan tempoh kuarantin.

Saya pun bosan dan followers saya juga bosan sebab saya asyik mengulang perkara yang sama masa itu.

Tetapi saya rasa saya tiada pilihan sebab sekiranya tidak diperbetulkan, ianya akan membawa kepada pengorbanan
nyawa dan bencana amat besar pada negara.

Malah tiada seorang pun dari PH dan PN kecuali saya yang lihat bahaya ini ketika itu dan pernah bersuara.

Sebab mutasi UK dan Afrika Selatan baru sahaja dikesan masa itu.

Lepas saya memberi amaran, saya tengok satu persatu negara mula memperketatkan dan menaikkan tempoh kuarantin mereka. Ada yang sampai 21 hari.

Tapi di Malaysia pula, kerajaan PN pula bertegas untuk turunkan tempoh kuarantin dan menjawab saya bahawa mereka akan pantau rapi keadaan sahaja.

Berbulan-bulan lamanya mereka “pantau rapi” tanpa sebarang langkah.

Pada bulan April 2021 ketika mutasi berkembar India mula muncul, saya sekali lagi buat posting selama 5 hari berturut untuk sekali lagi tuntut kerajaan naikkan semula tempoh kuarantin.

Kali ini, kerajaan akhirnya bersetuju 2 minggu kemudian tapi hanya dinaikkan bagi beberapa negara tertentu.

Sebulan kemudian pada 24 Mei 2021 – iaitu 6 bulan selepas saya memberi amaran berturut pada Disember 2020, kerajaan akhirnya naikkan semula tempoh kuarantin bagi semua pelawat asing.

Akibat itu, hampir semua jenis varian yang wujud dalam dunia – Afrika Selatan, UK, India (delta) terdapat dan tersebar luas di Malaysia.

Nak varian apa? Kita ada di Malaysia.

Malangnya kebimbangan saya akhirnya terbukti.

Tapi Nasi dah jadi bubur. Bubur pun dah basi.

Malaysia dilanda bencana, ribuan nyawa terkorban dan Rakyat terpaksa dikurung berbulan-bulan tanpa kesudahan.

Adakah saya salah jika saya mahu pengerusi MKN bertanggung jawab atas kesilapan dan kerosakan yang tidak dapat dimaafkan ini?


*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Catatan ini pertama kali muncul di laman Facebook Najib Razak.

Apa yang PH sembunyikan selama ini? – Wan Saiful #ms

Maafkan kami Wan Saiful Wan Jan
Pic: Malaysia Dateline

Oleh Wan Saiful Wan Jan

WALAUPUN PH DAN YB SYED SADDIQ CUBA MEMPOLITIKKAN PENDAKWAAN, YANG LEBIH PENTING IALAH AKTA PENDANAAN POLITIK PERLU DISEGERAKAN

Dengan terburu-buru YB Syed Saddiq mendakwa bahawa pendakwaan terhadap beliau ialah satu pendakwaan terpilih. Kononnya dia diugut jika enggan sertai PN maka dia akan didakwa.

Saya bersimpati dan mendoakan agar YB Saddiq dapat menempuhi ujian ini dengan cekal. YB Saddiq seorang yang ada bakat. Jika betul dia diugut, maka segera laporkan kepada pihak polis supaya perkara jelek ini dapat dihapuskan. Jika tidak dapat dibuktikan dengan tuntas, maka YB Saddiq mesti menghentikan lakonan supaya segala simpati tidak hilang begitu sahaja.

Pakatan Harapan pula cuba menangguk di air yang keruh, mendakwa kononnya curiga kenapa pendakwaan baru dilakukan sekarang sedangkan kesalahan itu berlaku sebelum PRU14.

Saya nak tanya kembali kepada PH, kalau dah tahu kesalahan itu berlaku sebelum PRU14, kenapa semasa PH
memerintah YB Syed Saddiq tidak didakwa? Adakah berlaku “pengecualian terpilih” yang tidak dimaklumkan kepada kami yang turut berada dalam PH masa itu?

Kalau curiga, sebenarnya PH yang perlu jawab hal ini sebab curiga itu wujud di zaman PH. Bukan sekarang. Adakah ada apa-apa yang PH sembunyikan selama ini? Saya tengok peguam DAP begitu menonjol dalam mempertahankan kes ini.

Bagaimanapun, bagi saya ada isu yang lebih besar dalam pendakwaan ini. Iaitu isu peraturan-peraturan berkaitan pendanaan politik.

Saya gembira kerana pihak kerajaan Perikatan Nasional telah mengambil langkah positif dalam memperkenalkan peraturan yang lebih berwibawa berkaitan pendanaan politik. Kerajaan Barisan Nasional dahulu tidak serius dalam mewujudkan peraturan tersebut. Saya pernah dilantik oleh kerajaan menyertai sebuah jawatankuasa berkaitan pendanaan politik semasa era Dato Sri Najib Razak. Tetapi entah apa berlaku kepada laporan yang kami sediakan.

Semasa era Pakatan Harapan saya dilantik semula menyertai Electoral Reform Committee (ERC) di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ada laporan yang komprehensif yang telah disediakan. Alhamdulillah kerajaan Perikatan Nasional menerima laporan itu denga baik, dan ia telahpun dibawa ke kabinet. Saya lihat ada pergerakan yang positif sekarang.

Saya telah mungusulkan kepada rakan rakan dalam kabinet agar diputuskan dengan segera bagaimana untuk melaksanakan penambahbaikan yang dicadangkan oleh ERC, termasuklah dalam hal pendanaan politik.

Jika tidak diselesaikan segera, isu YB Saddiq mungkin menjadi lebih besar. YB Saddiq mungkin akan terus cekal, tetapi lebih baik kita tutup pintu-pintu kemudharatan akibat ketiadaan peraturan yang jelas.

Contohnya, selain daripada kes yang beliau hadapi, bagaimana dengan sumbangan yang YB Saddiq raih daripada masyarakat untuk kos peguam dan ikat jamin?

Para penderma sudah pasti ikhlas mahu membantu, dan YB Saddiq pun sudah nyatakan bahawa beliau akan menyediakan laporan audit. Tetapi adakah dana tersebut akan dikenakan cukai? Adakah dana itu perlu dilaporkan sebagai pendapatan individu atau pendapatan syarikat, atau pendapatan apa? Adakah kos peguam peribadi termasuk sebagai dana politik?

Semua ini memerlukan kita ada satu akta yang jelas mengenai pendanaan aktiviti politik.


*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Catatan ini pertama kali muncul di laman Facebook Wan Saiful Wan Jan.

Najib: Kerajaan PN Tersilap Langkah #ms

Najib may face charges of money laundering, misappropriation of property,  says source | The Star
Gambar: The Star

Oleh Mohd Najib bin Abdul Razak

Pada pendapat saya, kerajaan PN tersilap langkah sebab:

– Memansuhkannya lebih awal merupakan pengangkuan bahawa darurat sudah gagal memerangi Covid dan sebenarnya tidak perlu dilaksanakan. Ianya hanya merosakkan keyakinan pelabur tanpa memberi sebarang manfaat pada negara. Bahawa darurat ini cuma satu permainan politik.

– memansuhkannya secara senyap dan secara backdated merupakan satu pengakuan bahawa kerajaan hari ini sudah hilang majoriti dan mereka telah gagal membeli lebih banyak katak.

Maka katak yang pernah lompat masuk untuk selamatkan diri akan mula berfikir untuk lompat keluar sebelum kerajaan tenggelam dan mereka dijadikan sasaran pihak lawan.

Tiada siapa pernah kata bahawa katak yang lompat sekali tidak akan lompat kali kedua.


TINDAKAN Putrajaya “diam-diam” membatalkan semua Ordinan Darurat hanya menunjukkan apa yang kerajaan Perikatan Nasional sanggup buat untuk terus kekal berkuasa, kata penganalisis.

Mereka mendakwa kerajaan mempermain-mainkan rakyat dan memberi amaran kepada PN supaya tidak mengambil ringan Proklamasi Darurat.

Menteri undang-undang Takiyuddin Hassan mengejutkan banyak orang semalam apabila beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa sejak 21 Julai, kerajaan sudah membatalkan semua ordinan yang dimasyhurkan melalui Proklamasi Darurat.

Katanya, kerajaan juga tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytihar proklamasi darurat baharu apabila ia tamat 1 Ogos ini.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata keabsahan kerajaan ini dipertikaikan kerana majoritinya tidak jelas, selepas Umno berulang kali memberi amaran menarik balik sokongan mereka.

“Kerajaan sedia mempermainkan rakyat dengan menyembunyikan keputusan yang mereka buat walaupun keputusan itu sangat mustahak kepada kehidupan rakyat,” kata Ahmad Fauzi.

“Kalaupun pemansuhan ordinan itu untuk mengelak undian di Parlimen, ia tetap membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah mahu menggunakan Darurat untuk melawan Covid-19.

“Kalau betul, ia sepatutnya mengemukakan pelan pemulihan lebih awal, sebaik-baiknya selepas Darurat dikuat kuasa.”

Tidak mustahil kerajaan ini bergelut untuk menangani pandemik kerana ia lebih mengutamakan nyawa politiknya berbanding kesejahteraan rakyat, tambahnya.

Bekas presiden Aliran Dr Francis Loh Kok Wah berkata tidak munasabah kerajaan PN memansuhkan ordinan darurat.

“Sama seperti kerajaan PN mengisytiharkan Darurat tanpa merujuk Parlimen, ia juga menamatkannya dengan mengetepikan Parlimen sekali lagi,” katanya.

Loh berkata rakyat mahu ahli parlimen mereka memberitahu kerajaan: “Jangan main-main dengan perisytiharan darurat.”

Beliau menjelaskan darurat sepatutnya hanya jadi pilihan apabila ada ancaman yang serius kepada keselamatan dan kesejahteraan negara dan rakyat, dan bukannya kerajaan, terutamanya kerajaan yang tidak dipilih oleh rakyat.

Kesejahteraan kerajaan adalah urusan politik, dan dalam demokrasi, ia diselesaikan di Parlimen atau melalui peti undi, tambahnya.

“Nampaknya kerajaan PN takutkan Parlimen, mengelaknya seperti pandemik, seolah-olah ia tahu ia akan tumbang di situ,” kata Loh.

Dr Azmil Tayeb juga dari USM berkongsi pandangan sama.

“Menamatkan darurat dengan diam-diam samalah seperti mengaku darurat gagal dan kerajaan hanya mahu menyorok kegagalan itu.

“Ia tidak mahu kegagalan darurat itu diperiksa oleh pembangkang kerana akan mendedahkan bahawa selama ini tujuannya politik semata-mata,” katanya.


*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Catatan ini pertama kali muncul di laman Facebook Najib Razak.

慕尤丁要到什么时候才会认真看待新冠死亡率?#zh

Kit Siang says 'Allah's govt' statement based on news portal's  interpretation | MalaysiaNow
图片: MalaysiaNow

引自 林吉祥

慕尤丁政府应该要开始认真看待马来西亚的新冠肺炎死亡率居高不下的情况,随着马来西亚昨天的新冠肺炎死亡病例达到199宗,我们的“每百万人口新冠肺炎单日死亡病例”的比例目前是世界上其中一个最高的,甚至比印尼和印度的还要高。

昨天马来西亚除了在新冠肺炎单日新增死亡病例上创下历史新高达到199宗之外,也在“每百万人口新冠肺炎单日死亡病例”的比例上创下最高纪录,比印尼和印度的还要高,更别说美国、英国、法国、德国、意大利、西班牙、菲律宾和缅甸。

马来西亚的新冠肺炎单日新增死亡病例位居世界第11位,而排名第一位至第10位的分别是巴西(1388宗)、印尼(1383宗)、俄罗斯(783宗)、南非(516宗)、印度(510宗)、阿根廷(437宗)、美国(411宗)、哥伦比亚(351宗)、墨西哥(341宗)和缅甸(247宗)。

昨天的199宗新冠肺炎单日新增死亡病例是2021年1月10日当天的9宗死亡病例的逾22倍,那天也是2021年1月11日颁布的紧急状态的前夕。

倘若抗疫紧急状态是成功的话,我们的新冠肺炎单日新增死亡病例理应在历经六个月的紧急状态后下降到零死亡病例,或至多单日一或两宗。

但我们目前的光景却是原本应该作为“复原方案”的紧急状态还要比瘟疫本身差劲22多倍!

即便这套复原方案以失败告终,它也应该至少导致新冠肺炎死亡率上升2或3倍,而不是22多倍!这不再只是彻底失败,它简直就是超级大砸锅!

在紧急状态于2021年1月11日颁布前,马来西亚在新冠肺炎瘟疫爆发的头12个月内的总死亡病例共有551宗。如今我们的新冠肺炎累计死亡病例已经达到7440宗,尤其是它在过去六个月中递增逾13倍!

这就是这次紧急状态,以及旨在控制住新冠肺炎疫情的多次封锁和国家复苏计划的失败程度,所以我们迫切需要一套新策略和新模式,尤其是把我们的作战思维从“零病例”转变成“与新冠肺炎共存”。

我今天读到一篇令人不忍卒睹的新闻报导,有一名患上新冠肺炎的妇女在前往治疗的途中,不幸病逝在巴生一家诊所前。

这起事件发生在昨天早上9时45分,那名妇女和她一名较年轻的兄弟当时正前往诊所治疗。

然而,当她来到诊所前的时候却突然昏倒在地失去意识。赶到现场的救护车随即证实她已经不幸离世。

目前有越来越多的患者在抵达医院前就死亡。

昨天有媒体报导霹雳伊斯兰宗教局(JAIPk)正考虑落实多层坟墓的可能性,以此化解随着新冠肺炎患者死亡率居高不下而导致的穆斯林坟场拥挤的现象。

试问慕尤丁政府要等到什么时候才会认真看待新冠肺炎高死亡率的情况?


*以上文章内容仅代表作者本人观点。如有关于作品内容、版权或其它问题请与Newswav联系。

此文章首先出现在林吉祥博客。

UMNO Bukan Hanya Tahu Kritik – Ahmad Zahid #ms

Will return of Malaysia's scandal-ridden ex-DPM Zahid Hamidi boost Umno or  leave it in tatters? | South China Morning Post
Pic: SCMP

Oleh Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Syukur alhamdulillah sudah masuk hari ketiga kita menyambut Hari Raya Aidiladha.

Semoga semua dalam lindungan Yang Maha Esa dan dijauhi daripada wabak Covid-19.

Hari ini saya mahu jawab sedikit propaganda yang kerap ditujukan kepada saya dan UMNO.

Konon hanya mengkritik tetapi gagal beri pandangan yang dapat membantu sejak PKP 2.0 bermula.

Tidak benar pimpinan UMNO hanya tahu kritik, namun tidak beri cadangan untuk membendung Covid-19.

Biar saya beri pencerahan betapa kita konsisten memberi cadangan kepada kerajaan PN.

Pandangan bagaimana menangani penularan Covid-19, namun pada sama dapat menjaga rakyat.

  • PKP 2.0 dikuatkuasa bermula 13 Januari 2021 selepas jangkitan harian cecah 3,027 kes.
  • Namun sangat longgar pasti gagal kurangkan kes maka kita cadang “total lockdown” dilaksanakan.
  • Kita minta “total lockdown”, tetapi bantuan mesti diberi kepada rakyat untuk bertahan.
  • Antaranya bantuan tunai, moratorium pinjaman dan pengeluaran wang akaun KWSP kali kedua.
  • Kesemua cadangan itu tidak dilayan dengan begitu banyak alasan dan teori.
  • Dalam masa sama pimpinan UMNO berpendapat program vaksinasi perlu dipercepatkan.
  • Kerajaan PN akhirnya umum “total lockdown” mulai 1 Jun 2021 kerana jangkitan telah cecah 8,000 kes sehari.
  • Bagaimanapun “total lockdown” bukanlah “total lockdown” dalam erti kata yang sebenar.
  • Bersifat separuh masak dan masih gagal untuk mengurangkan kes jangkitan.
  • Namun rakyat menderita kerana kurang dibantu apabila sebahagian sektor ekonomi ditutup.
  • Maka kita terus mencadangkan pelaksanaan “total lockdown” yang sebenar.
  • Kita minta lebih banyak bantuan untuk rakyat dan suntikan vaksin dipercepatkan.
  • Kerajaan PN pada 28 Jun 2021 akhirnya umum moratorium pinjaman dan skim i-Citra.
  • Bagaimanapun “total lockdown” tetap tidak dilaksanakan.
  • Pada 17 Julai 2021 kerajaan PN umum mahu beri kelonggaran kepada yang telah terima dua dos suntikan.
  • Sedangkan kes jangkitan harian telah cecah lima angka atau sekitar 12,000 kes sehari.
  • Saya minta kelonggaran diteliti kerana KKM kata mereka ini masih boleh dijangkiti dan menjangkiti.
  • Jika jujur mahu rakyat segera diberi kelonggaran maka imunisasi kelompok perlu dipercepatkan.

Justeru tidak timbul isu pimpinan UMNO hanya tahu kritik, tetapi tidak beri cadangan.

Isu yang sebenar adalah tentang kisah sesebuah kegagalan dalam menguruskan pandemik.


*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.


Catatan ini pertama kali muncul di laman Facebook Zahid Hamidi.