Najib: UMNO Tidak Gila Kuasa

PenangKini: Tiada siapa boleh cemari gandingan Najib-Zahid : Ismail Sabri
Gambar: PenangKini

Oleh Najib Razak

Sidang media ini dari bulan Februari 2020 selepas PH tumbang dan sebelum berlakunya “scheme of things”.
Siapa yang masih tak faham apa itu “scheme of things”?


Apa yang MKT UMNO putuskan dua hari lalu sebenarnya sama dengan pendirian kita sejak dari dulu lalu. Kita konsisten.


Bulan Februari lalu, tuntutan kita tidak mendapat perkenaan YDP Agong dan Majlis Raja-Raja.


Sebab itu, kita terpaksa menubuh kerajaan sementara dengan PPBM dengan syarat PRU perlu diadakan dalam tempoh 6 hingga 12 bulan.


Syarat ini juga dipersetujui dalam mesyuarat Muafakat Nasional dan dipersetujui PPBM.


Sebab itu, PM8 dah berulang kali janji akan adakan PRU sejak tahun lalu termasuk janji terakhir pada bulan Januari bahawa dia jamin PRU akan diadakan sebaik sahaja selepas Darurat berakhir.


Tapi tak sangka kita bahawa pengendalian Covid kerajaan PN semakin teruk dengan pelbagai kesilapan yang diulang-ulang walaupun jelas ianya adalah kesilapan besar yang menghalang PRU – walaupun sudah diberi kuasa penuh Darurat selama 7 bulan.

Seolah-olah kesilapan-kesilapan ini disengajakan.


Sebab itu UMNO putuskan untuk tarik balik sokongan pada Muhyiddin dan kita cadang kerajaan sementara untuk tempoh 3 hingga 6 bulan sahaja untuk putuskan Covid dengan serious serta membantu Rakyat melalui tempoh susah ini sebelum ianya dibubarkan untuk kembalikan kuasa kepada Rakyat.
Sebab UMNO faham dengang dua masalah utama yang mencabar negara kita hari ini:

  1. Rakyat telah berkurung tanpa pendapatan hampir 6 bulan dan sudah hilang keyakinan terhadap usaha kerajaan PN untuk membendung Covid setelah kegagalan bersiri PKP 2.0, PKP 3.0/3,1, Total Lockdown dan PKPD cuma 5 hari sebelum U-Turn. PKPD yang paling gagal pernah ada.
    Malah paling mengejutkan ialah majoriti Rakyat percaya bahawa usaha kerajaan untuk lawan Covid mempunyai muslihat politik tersembunyi dengan matlamat untuk memanjangkan krisis untuk kekalkan kuasa.
  2. Sebuah kerajaan digelar pintu belakang yang tak stabil dengan majoriti tipis yang terbina atas pengkhianatan dan kuasa katak – bukan kuasa Rakyat.

    Keadaan ini tidak boleh berterusan. Kita tidak boleh biarkan keadaan yang sakit untuk berterusan tanpa diubat dengan segera. Tak boleh tunggu setahun atau dua tahun lagi.

    Maka mengembalikan kuasa kepada Rakyat untuk membina sebuah kerajaan yang kukuh dan kompeten dipilih Rakyat adalah satu-satunya sahaja pilihan untuk menyelesaikan kedua-dua masalah utama di atas.

    PH dan PN tidak perlu bimbang dengan kuasa Rakyat sekiranya kamu yakin dengan prestasi pentadbiran kamu semasa menjadi kerajaan.

    UMNO tidak gila kuasa melainkan mengembalikan kuasa kepada Rakyat boleh dianggap sebagai gila kuasa.
    Kita sanggup buat begitu demi menyelesaikan kedua masalah utama negara pada ketika ini.

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Catatan ini pertama kali muncul di laman Facebook Najib Razak