Wan Saiful anggap Najib ‘sembunyikan’ Rosmah untuk alih isu lain #ms

Wan Saiful tegur Najib tekun 'troll' individu dalam PN
Gambar: Sinar Harian

Oleh Wan Saiful Wan Jan

Saya lihat Dato Sri Najib Razak begitu tekun troll beberapa orang dalam kerajaan Perikatan Nasional, iaitu kerajaan dia sendiri. Perbuatan troll kerajaan sendiri ini sebenarnya pelik, tetapi dalam strategi “diversion” ia memang perlu dibuat.

Sekarang Najib tak perlu ulang alik ke mahkamah sebab mahkamah tutup semasa PKP ke? Bolehlah jadi Ketua Perungut Kebangsaan sepenuh masa.
Strategi utama Najib ialah “divert” perhatian kepada isu lain supaya orang lupa apa yang telah dia buat. Banyakkan rungutan mengenai kerajaan sendiri supaya perhatian rakyat dapat “divert” daripada berapa billion yang telah dirompak. Tunjukkan diri sebagai hero UMNO supaya orang UMNO sendiri lupa bahawa UMNO kalah PRU14 sebab orang marah Najib.

Yang menariknya, setiap kali saya komen mengenai dia, maka beribu cybertroopers datang serang posting saya. Ramai sungguh team Najib Razak ni ya. Kalau isteri tersayang Datin Seri Rosmah Mansor dikatakan bayar RM100,000 sebulan untuk cybertroopers, agak-agak Najib bayar berapa juta sebulan ya?

Saya hairan juga mana hilangnya Rosmah Mansor. “Can I advise you something” dibuat di rumah saja. Bagus juga Rosmah ni. Patuh SOP.
Ini pun strategi “diversion”. Bila Najib sembunyikan Rosmah, orang dah tak nampak Rosmah. Bila orang tak nampak, maka perlahan-lahan dia mahu media dan rakyat lupa mengenai kemewahan Rosmah. Maka perhatian akan “divert” ke isu lain.

Nampak macam ramai juga ahli team cybertroopers Najib ni ya. Atau adakah dengan Jajaran Baru yang dia sedang kempenkan, Najib sudah bergabung juga dengan Red Bean Army (RBA)? Saya nampak sejak Najib bawa idea Jajaran Baru ini, tahap aktiviti RBA dan team Najib hampir sama hebat.


*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Catatan ini pertama kali muncul di laman Facebook Wan Saiful Wan Jan.