Zahid: Kerajaan BN adalah kerajaan terbaik #ms

Gambar: Bernama

Oleh Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dewan Rakyat diberitahu sebanyak 15,537 perniagaan terpaksa ditutup dari tahun 2020 hingga Ogos 2021.

Itu kita mengerti disebabkan impak pandemik yang tidak terkawal sepanjang tempoh tersebut.

Tetapi yang kita sukar mengerti apabila Dewan Rakyat diberitahu trend serupa turut berlaku sebelum pandemik Covid-19.

Iaitu pada tahun 2019 apabila sebanyak 13,527 perniagaan terpaksa gulung tikar ketika itu.

Bermaksud keadaan perniagaan di Malaysia sebelum pandemik sudah pun seakan-akan pandemik.

Walhal saiz ekonomi negara pada tahun 2017 atau kira-kira 5 bulan sebelum PRU14 melonjak kepada sekitar RM1.3 trilion.

Laporan Bank Negara Malaysia (BNM) juga menunjukkan ekonomi negara pada 2017 direkodkan pada 5.9 peratus.

Malangnya kadar pertumbuhan itu kemudian menurun kepada 4.7 peratus pada tahun 2018.

Sebab itu kita percaya kerajaan BN adalah kerajaan terbaik dalam menerajui pentadbiran Malaysia.

Implikasi menukar kerajaan pada 9 Mei 2018 terlalu besar terpaksa ditanggung negara.

Dalam aspek ekonomi, kestabilan politik, perpaduan kaum dan segala-galanya.

PRU15 kita perbetulkan semula keadaan demi kemakmuran bersama. InsyaAllah…


*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Catatan ini pertama kali muncul di laman Facebook Zahid Hamidi.